Selasa, 10 November 2009

Tiada nusrah daripada Allah s.w.t. Dimana sebabnya ?

Ya! Allah! Ini lah keadaan umat, dihina , dizalimi , dianiaya dan dimalukan. Mana mereka-mereka seperti Abu Bakar? Mana mereka-mereka seperti Umar? Mana mereka-mereka yang seperti Sahabat Nabi ? Tiada lagi mereka yang seperti Abu Bakar, Umar dan Sahabat Nabi atau yang mirip seperti Sahabat Nabi. Yang ada hanyalah mereka-mereka yang rakus dengan “Dananir wa Darahim”. Mana mungkin Allah swt akan menurunkan nusrahnya pada umat ini.

Sabda Nabi saw : “ Setiap Ummat ada berhala-berhalanya dan berhala Ummat ini adalah Dinar dan Dirham”. (Miskat Musabbih)

Apakah berhala itu ? Berhala adalah sesuatu yang disembah yang dipuji yang menjadi tempat mengadu dan bergantung. Dialah penyelesai sebarang masalah dalam hidup ini.

Apakah Dinar dan Dirham itu? Ianya adalah wang, harta, kuasa, pangkat dan kedudukan.

Sabda Nabi saw lagi: ”Aku bersumpah dengan nama Allah bukan lah kelaparan yang aku bimbang (takut) menimpa ke atas kamu, akan tetapi yang aku bimbang adalah kemewahan dunia datang ke atas kamu sebagaimana datang kepada mereka-mereka sebelum kamu. Kamu berlumba-lumba untuk mendapatkannya sebagaimana mereka-mereka berlumba-lumba mendapatnya dan kamu lalai dalam mendapatkannya sebagaimana mereka” (Riwayat Bukhari dari Amru bin Auf).

Bila umat ini berlumba-lumba untuk mendapatkan wang, harta, pangkat dan kedudukan serta hati sentiasa berharap akan jadi kaya raya. Sentiasa berharap agar dapat berkuasa dan menyakini kalau ada wang boleh buat begitu dan begini. Dan kalau ada kuasa ada segala-galanya. Bila perasaan dan sikap begini ada pada umat ini, pasti dan pasti umat ini akan berada di gerbang kebinasaan. Pada ketika ini tiada ada bantuan dari Allah samada bantuan “Zahiriyah” mau pun bantuan “Ghaibiyah”.

Kesimpulan yang dibuat bahawa Umat Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan dan gagal menyalurkanya walau pun Umat Islam mempunyai negera yang kaya-kaya seperti Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan UAE. Ringkasnya Umat Islam kekurangan ilmu, kurang pendidikan dan kurang pelajaran.

Pandangan di atas ada juga benarnya namun persoalan yang paling besar adalah Umat Islam tidak memegang agama Islam dengan sunggoh-sunggoh dan telah mengabaikan hak Allah dan Rasulnya. Maka ke mana dunia pun umat ini tinggal dan di mana zaman pun umat ini berada kalau Umat Islam seperti ini pasti akan terus dihina oleh musoh-musohnya. Sehingga lah ummat ini kembali menyempurnakan hak Allah dan Rasulnya barulah umat ini akan keluar dari kepompong kehinaan di berbagai sudut tadi.

Firman Allah swt : “Wahai orang-orang yang beriman jika kamu membela agama (membantu) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan atas musoh kamu) dan menegohkan pendirian kamu.” (Muhammad: 7)

FirmanNya lagi: “Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang dapat mengalahkan kamu dan jika dia mengecewakan kamu maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah ? dan ingatlah kepada Allah lah jua orang yang beriman itu berserah diri”. (Ali-Imran: 160)

Maka umat ini perlu bangun bertaubat dan beristighfar atas kelalaian dan kesilapan kita serta kembali meyempurnakan Hak Allah dan Hak Rasulnya. kembali balik kepada penghayatan Islam dan kembali kepada tugas mulia umat ini iaitu Kerja Dakwah Ilallah.

Firman Allah swt : ”Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuroh manusia berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang mungkar (burok dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah”. (Ali_Imran :110)

Tiada ulasan:

Persahabatan Yg Sejati Akan Membawa Kpd Kerinduan Yg Abadi, Org Yg Rugi Ialah Org yG Tidak Memperolehi Sahabat & Yg Paling Rugi Ialah Dtinggalkan Sahabat. Sesungguhnya Persahabatan Itu Lebih Unggul Drpd Percintaan, Tanpa Persahabatan Percintaan Akan Berakhir, Tetapi Tanpa Percintaan Sahabat Blh Kekal.


Oleh Itu Hargailah Persahabatan Yg Terjalin, Kerana Sahabat Mewakili Sesuatu Kekuatan. Sahabat Yg Paling Baik Adalah "DIRI" Kita Sendiri Yg Tahu Menilai Setiap Apa Yg Kita Lakukan. Hadiah Yg Paling Berharga Dlm Erti Kata Sahabat Yg Sebenar.


Bergaullah Dngn Manusia Sebaiknya Sehingga Kalau Kamu Mati Mereka Tanggisi Dan Kalau Hidup Mereka Selalu Merindu.......


Yg Indah Itu Pertemuan..... Yg Manis Itu Kemesraan..... Yg Pahit Itu Perpisahan.... Yg Tinggal Hanya Kenangan.....