Sabtu, 21 November 2009

Renungan Kata Pengisian Jiwa

Jika kamu memancing ikan,setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula kedalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang.Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.Janganlah sesekali kamu terus meninggalkanya begitu sahaja kerana ia akan terus terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia menggigatimu dan menyayangimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada.Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah mengganggap ia begitu teguh.Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu.Kerana apabila sekali ia retak,tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.Akhirnya ia di buang sedangkan jika kamu cuba membaikinya,mungkin ia masih boleh di gunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu mengganggapnya terlalu istimewa.Anggaplah ia manusia biasa.

Apabila sekali ia melakukan kesilapan,bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.Sedangkan jika kamu memaafkannya,boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik buat kamu.Menggenyangkan,Berkhasiat, mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain.Terlalu ingin mengejar kelazatan,kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi kamu juga akan menyesal......

Begitu juga jika kamu bertemu dengan seseorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.Menyayangimu dan mengasihimu....mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan orang lain??? Terlalu menggejar kesempurnaan kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain..! Kamu juga yang akan menyesal selamanya....

Tiada ulasan:

Persahabatan Yg Sejati Akan Membawa Kpd Kerinduan Yg Abadi, Org Yg Rugi Ialah Org yG Tidak Memperolehi Sahabat & Yg Paling Rugi Ialah Dtinggalkan Sahabat. Sesungguhnya Persahabatan Itu Lebih Unggul Drpd Percintaan, Tanpa Persahabatan Percintaan Akan Berakhir, Tetapi Tanpa Percintaan Sahabat Blh Kekal.


Oleh Itu Hargailah Persahabatan Yg Terjalin, Kerana Sahabat Mewakili Sesuatu Kekuatan. Sahabat Yg Paling Baik Adalah "DIRI" Kita Sendiri Yg Tahu Menilai Setiap Apa Yg Kita Lakukan. Hadiah Yg Paling Berharga Dlm Erti Kata Sahabat Yg Sebenar.


Bergaullah Dngn Manusia Sebaiknya Sehingga Kalau Kamu Mati Mereka Tanggisi Dan Kalau Hidup Mereka Selalu Merindu.......


Yg Indah Itu Pertemuan..... Yg Manis Itu Kemesraan..... Yg Pahit Itu Perpisahan.... Yg Tinggal Hanya Kenangan.....