Sabtu, 14 November 2009

Perkahwinan : Berilah Hatimu Kepada-Nya

Iman yang tenang bak air dingin mengalir di pagi hari


Memulakan perbicaraan kali ini, saya lebih cenderung untuk mengajak para pembaca mengambil tempat hati masing-masing di lurah perhentian kerinduan pada Tuhan Pencipta. Hati adalah tempat paling fleksibel untuk ditumpangi. Mudah tersentuh pada segetis perasaan yang meronta.

Hati ini memang mudah ‘mati’ bilamana tidak mengingati mati, apalagi jika terlalu menyibukkan diri dengan urusan dunia.

Hati buat orang-orang yang beriman adalah ladang yang harus dirawat dan disiram dengan zikir. Dari zikirlah, ladang hati menjadi hijau segar dan tumbuh subur. Akan banyak buah yang bisa dihasilkan. Sebaliknya, jika hati jauh dari zikir, ia akan tumbuh liar. Jangankan buah, ladang hati seperti itu akan menjadi sarang ular, kelabang dan sebagainya.

Memahami falsafah hidup sebagai seorang muslim memerlukan kejernihan hati pada hidup hati-hati semasa di alam dunia. Kos perjalanan tidak pernah dipinta bayaran bulanan, tidak pernah dihantar bil menuntut untuk dilangsaikan. Amanah ini akan dikira saham atau hutang di akhirat.

Maha Pemurah Tuhan. Maha Penyayang Tuhan.

Dunia bukan destinasi, tetapi sebuah perjalanan di antara perjalanan yang harus ditempuhi oleh setiap manusia, bagi melengkapkan sebuah perjalanan panjang bermula di alam roh hingga alam penghabisan, alam akhirat.

Mari kita susuri hati pengalaman pada perjalanan kecil ini bersama semangat juang mempertahankan Iman. Hanya sekadar mendapat sedikit input dan melapangkan sudut pandang ke hadapan yang terlalu luas. Ingatlah lubang di hadapan tetap ada, menjadi peringatan pada agar dapat dielak.

Saya kira kita perlu melihat perkara ini secara holistik, maksudnya daripada kaca mata masyarakat dan juga ahli agama yang terlibat itu sendiri.

Jagalah sumur hati dari dicemari.

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia” ar-Ra’d (13:28)

Begitu juga tentang subjek ini. Mari kita berkongsi pengalaman. Itu sahaja. Pengalaman adalah ‘guru’ yang lebih baik. Sebagai seorang pendakwah, saya sendiri mengalami banyak pengalaman sekitar dan seputar persoalan ini.

Matlamat kita bukan semata-mata berjaya membangunkan solat dari takbir kepada salam sahaja. Solat kita mesti menatijahkan sikap, jiwa, disiplin, pemikiran dan cara hidup yang digambarkan oleh perlakuan kita di dalam solat.

Inilah perjalanan kita.



‘HATI’ ERTI PERKAHWINAN

Secara sainsnya, cahaya dan haba, adalah juga unsur baik dan jahat. Sekali lagi diingatkan jahat tidak bermakna tidak diperlukan, hanya perlu pengawalan dalam penggunaannya.

Kita perlukan cahaya dan haba untuk hidup di dunia. Segala sumber tenaga di bumi berasal dari tenaga suria, terutama yang membentuk photosintisis. Begitu juga semua fossil fuel adalah merupakan tenaga suria yang telah tersimpan di perut bumi, untuk kegunaan manusia.

Malangnya cahaya tidak berjalan sendiri. Allah Taala jadikan haba melekat atau berpasangan dengan cahaya. Jadi kita dapat cahaya dan dapat panas sekali.

Indah sungguh ciptaan Ilahi yang mempunyai kaitan antara satu dan lain. Ianya berpasang-pasangan. Pahala dosa, syurga neraka, hidup mati, dan semua ini mempunyai tujuan dan hikmahnya yang saling berkaitan.

Tanyakan kepada mereka yang sudah berumahtangga, pastinya berumahtangga itu bukan semudah mengelak maksiat. Malah Maksiat tidak kurang pula hebat tekanannya jika terjebak.

Semua ini jika dilihat sebagai tarbiah fitrah yang kita dapat sebelum melangkah ke alam pernikahan. Setiap orang akan ada batasannya. Bertahapan tidak terburu-buru juga dituntut.

Perkahwinan sangat indah tetapi perlu dibina dengan pengertian yang mendalam tentang tanggungjawab dan pengorbanan supaya ia tidak akan menjadi sia-sia. Cinta tidak cukup, tidak cukup hendak elak maksiat. Terlalu dalam erti perkahwinan.

Perkahwinan mampu membentuk peribadi seseorang melalui beri dan terima antara suami dan isteri. Perkahwinan merupakan suatu proses pendidikan lanjutan golongan dewasa tentang erti mengalah, menerima, memaafkan, keredhaan, perkongsian dan seribu satu macam lagi.

Perkahwinan hadir bersama sebuah tanggungjawab, perasaan, fikrah, dan matlamat yang sama. Bila hati menyukai seseorang, tapi sebenarnya memang Allah Taala telah takdirkan dia bukan untuk kita, dan kita menolaknya semata-mata kerana matlamat hidupnya (fikrah) berbeza dengan kita.

Akan hadirkah nanti seseorang untuk kita yang hidup dan matinya adalah untuk Allah Taala? Perlu persiapan dalam diri sendiri terlebih dahulu. Perempuan baik untuk lelaki baik, lelaki baik hanya untuk perempuan baik. Allah Taala tidak akan dan pernah memungkiri akan setiap janji-Nya

Perkahwinan bukanlah untuk menghalalkan apa yang tidak dihalalkan sebelumnya semata-mata. Perkahwinan adalah kombinasi cinta, perasaan, keinginan dan tanggungjawab. Perang melawan keinginan nafsu adalah terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan dugaan-dugaan selepas berumahtangga.

Janganlah pupuk cinta kalian pada tempat yang salah. Bukan buah yang tumbuh kelak, tapi lalang yang menebal menyekat proses pertumbuhan.

Skrip kehidupan inilah jika dilalui dengan penuh iltizam dan istiqamah (konsisten), akan menghasilkan kemenangan yang bersepadu antara diri dan masyarakat, material dan spiritual, dunia, dan akhirat. Kita akan mendapat apa yang sepatutnya dan sewajarnya yang kita dapat. Sebaliknya, jika apa yang kita lihat tersalah ataupun tersasar, maka apa yang kita dapat juga akan tersasar. Kita akan menyesal di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kerana kita dapat apa yang sepatutnya ‘tidak kita dapat’ .

Terasa benarlah hidup di dunia hanya sia-sia.

Iman adalah utama. Carilah Dia.

ameen

Tiada ulasan:

Persahabatan Yg Sejati Akan Membawa Kpd Kerinduan Yg Abadi, Org Yg Rugi Ialah Org yG Tidak Memperolehi Sahabat & Yg Paling Rugi Ialah Dtinggalkan Sahabat. Sesungguhnya Persahabatan Itu Lebih Unggul Drpd Percintaan, Tanpa Persahabatan Percintaan Akan Berakhir, Tetapi Tanpa Percintaan Sahabat Blh Kekal.


Oleh Itu Hargailah Persahabatan Yg Terjalin, Kerana Sahabat Mewakili Sesuatu Kekuatan. Sahabat Yg Paling Baik Adalah "DIRI" Kita Sendiri Yg Tahu Menilai Setiap Apa Yg Kita Lakukan. Hadiah Yg Paling Berharga Dlm Erti Kata Sahabat Yg Sebenar.


Bergaullah Dngn Manusia Sebaiknya Sehingga Kalau Kamu Mati Mereka Tanggisi Dan Kalau Hidup Mereka Selalu Merindu.......


Yg Indah Itu Pertemuan..... Yg Manis Itu Kemesraan..... Yg Pahit Itu Perpisahan.... Yg Tinggal Hanya Kenangan.....