Isnin, 21 Januari 2013

Rasulullah Mengajarkan Cinta (Hadist Tentang Cinta)

Bicara tentang cinta adalah bicara tentang salah satu nikmat kehidupan, yaitu nikmatnya mencintai dan dicintai. Islam sebagai agama yang paling sempurna telah mengatur segalanya tentang percintaan, seperti tercantum dalam beberapa hadist tentang cinta. Kita tahu bahwa tuntunan hidup kita di dunia ini ada tiga, yaitu Al-Qur’an, hadist, dan ijtihad. Selain di dalam Al-Qur’an, peraturan dan adab cinta dalam Islam telah diajarkan oleh Rasulullah. Berikut adalah beberapa dari sekian banyak hadit tentang cinta yang diberikan Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW bersabda: Cintailah kekasihmu sewajarnya karena bisa saja suatu saat nanti ia akan menjadi orang yang kamu benci. Bencilah sewajarnya karena bisa saja suatu saat nanti ia akan menjadi kekasihmu. (HR. Al-Tarmidzi) Sesungguhnya orang-orang yang saling mencintai, kamar-kamarnya di surga nanti terlihat seperti bintang yang muncul dari timur dan bintang barat yang berpijar. Lalu ada yang bertanya, “Siapa mereka itu?”. Mereka adalah orang-orang yang mencintai karena Allah SWT. (HR. Ahmad) Perumpamaan orang-orang beriman dalam rasa saling mencintai, saling mengasihi, saling berkasih sayang adalah seperti satu tubuh yang ketika satu anggota tubuh itu ada yang mengeluh, maka seluruh tubuh merasa mengadu dengan terus terjaga tidak bisa tidur dan merasa panas. (HR. Muslim) Itulah tiga hadist tentang cinta yang sangatlah indah. Berikut hadist tentang cinta lainnya. Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, kalian tidak akan masuk surga sebelum kalian beriman. Kalian tidak akan beriman sebelum kalian saling mencintai. Tidakkah aku tunjukkan kepada kalian mengenai sesuatu yang ketika kalian melakukannya, maka kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian. (HR. Muslim) Dari Rasulullah SAW yang bersabda dalam satu doanya, “Ya Allah, berilah aku rezeki cinta-Mu dan cinta orang yang bermanfaat buat ku cintai di sisi-Mu. Ya Allah segala yang Engkau rezekikan untukku di antara yang aku cintai, jadikanlah itu sebagai kekuatan untuk mendapatkan yang Engkau cintai., jadikan itu kebebasan dalam segala hal yang Engkau cintai. “HR. Al-Tardmizi) Sebenarnya masih banyak lagi hadit tentang cinta yang bisa jadi rujukan kita dalam mengarungi kehidupan mencintai dan dicintai di dunia ini. Hadist tentang cinta ini tidak hanya sebatas cinta kepada lawan jenis, tetapi juga cinta kepada sesama manusia atas dasar Allah SWT. Indahnya cinta dalam Islam.

Rabu, 16 Januari 2013

Kekalahan Bukan Bermakna Tewas Buat Selamanya

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi pada semua rakan-rakan yang dikenali mahupun yang membaca blog saya ini...Bercerita pasal bola pulak lah pagi-pagi ni kerana semalam merupakan perlawanan antara pasukan NEGERI 9 dengan PAHANG. Tahniah buat pasukan PAHANG yang berjaya malam semalam..tak lupa juga tahniah buat pasukan NEGERI 9 kerana berjaya mendapatkan 1 gol walaupun hakikatnya masih KALAH setelah 3 perlawanan yang berlangsung.Saya taklah pandai sangat main bola tapi saya MEMENG PEMINAT SUKAN BOLA SEPAK ...boleh dikatakan setiap kali ada kelapangan dan peluang saya akan ke STAR untuk menyaksikan perlawan bola sepak malah saya juga pernah menyertai KONVOI untuk pasukan NEGERI jika perlawanan berlangsung diluar negeri sembilan. Semalam boleh kata ratusan komen dan pandangan yang tertulis dan terpapar di "FB" dimana penyokong-penyokong negeri mencurahkan ketidakpuasan hati mereka dengan keputusan kekalahan yang berturut-turut dari pasukan NEGERI 9. Walaupun corak permainan pasukan NS berubah di bawah kendalian ketua jurulatih baru, bekas jurulatih Persebaya FC, Divaldo Alves, namun NS masih tumpul di bahagian serangan apabila gagal meledak gol yang dikehendaki pasukan.Saya terpanggil untuk meluahkan juga ketidakpuasan hati sebagai penyokong setia pada pihak admin N9FUTBOL semalam so kat sini saya nak sharelah apa yang saya luahkan :)
Apa pun terjadi tetapkan terjadi ....kegagalan hari ini bukan bermakna kita akan terus gagal buat selamanya !! Cuma apa yang kami harapkan satu perubahan yang drastik berlaku dalam pasukan N9 untuk perlawanan akan datang.Kejayaan tidak akan datang BERGOLEK tanpa ada usaha yang bersungguh daripada pihak PEMAIN terutamanya. Jutaan terima kasih pada pihak admin N9FUTBOL yang menerima baik pandangan dan pendapat saya sebagai penyokong setia N9. "SELAMAT MAJU JAYA SUKAN BOLA SEPAK N9"

Selasa, 15 Januari 2013

Hidup adalah untuk DIUJI !!

Assalamu’alaikum rakan-rakan semua....Semoga hari-hari anda berawal dengan senyum dan kegembiraan.Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!” Ya, hakikatnya Allah sedang mengingatkan saya ketika mengingatkan orang lain. Tabahkah hati menempuh kehidupan yang tidak akan pernah mudah ini !!!
Hadapilah nikmat dengan penuh kesyukuran dan terimalah musibah dengan penuh kesabaran.Belajar tersunyum di saat kekecewaan hadir dalam hidup meskipun ianya pahit dan susah untuk kita laluinya kerana Allah sentiasa bersama kita.Emosi tidak dapat menyelesaikan masalah.Yang mengasyikkan di dunia ini bukanlah dimana kita berada melainkan kemana kita " MENUJU " . Belajar dari KESALAHAN membuatkan kita DEWASA dan belajar dari PENGALAMAN orang lain membuatkan kita BIJAKSANA.
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskanlah perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup ini.~ PELAJARI SESUATU DARI HIDUP KITA,SESUATU YANG MAMPU MENGUBAH HIDUP KITA KE ARAH YANG LEBIH BAIK ~ ^O^

Isnin, 14 Januari 2013

Sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya!

Rasulullah S.A.W bersabda, "Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu".(HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim ) Wanita solehah itu aurat dijaga,Pergaulan dipagari,Sifat malu pengikat diri,Seindah hiasan di dunia ini. Syukur kehadrat Allah swt bila setiap tahun ada sahaja artis kita yang berubah dari yang baik kepada yang lebih baik....Terbaru gambar terkini Dato’ Siti Nurhaliza sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-34. Apa yang menarik, jika sebelum ini Dato’ Siti hanya bertudung ala Serkup, tetapi baru-baru ini beliau sudah kelihatan memakai tudung penuh. Tahniah diucapkan buat Dato’ Siti!
Sungguh cantik dan menawan apabila melihat beliau berpakaian begini. Semoga Dato’ Siti dapat meneruskan dengan pakaian muslimah sebegini, pasti ramai yang menyokongnya nanti.Jom kita ramai-ramai doakan yang terbaik buat Dato’ Siti semoga kebahagian akan terus bersama nya dan keluarga tersayang.
Memang cantik,menarik ,tertarik kau memang daboom. hikhik.Semoga Dato’ Siti istiqomah dalam bertudung litup. Amenn..

Rabu, 9 Januari 2013

Sehangat Asmara

Sehangat Asmara ialah novel karya Aisya Sofea bakal diadaptasi dalam bentuk drama, pelakon heroinnya Rita Rudaini bersama pelakon Adi Putra dan Fahrin Ahmad. Pastinya ramai peminat novel sudah membaca kisah Sehangat Asmara ni, kisah cinta tanpa restu keluarga antara Kamilia Najwa dan Zainal Arief. Drama Sehangat Asmara ni akan tayang di Astro Mustika HD 134.Nampaknya drama Sehangat Asmara menggantikan Adam dan Hawa !!
Sinopsis Kamilia Najwa & Zainal Arief.Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati. Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara. Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....
Novel ini mengisahkan tentang pengorbanan seorang lelaki untuk menyelamatkan keluarganya sehingga sanggup mengorbankan cintanya pada isterinya .. walau cinta mereka utuh namun tidak mampu melawan kehendak takdir ... seorang ayah yang sanggup melihat darah dagingnya sendiri menderita demi martabat keluarga .." Bibir tidak perlu berkata bila hati sudah mula bersuara " * Suka watak Zainal Arief ... sentiasa tenang dalam menangani kerenah Kamilia ... Kamilia pulak digambarkan sebagai wanita yang beremosi .. mungkin disebabkan dia pernah mengharungi kepayahan hidup ditinggalkan lelaki itu keseorangan .. itu yang membuatkan dirinya menaruh prasangka terhadap Zainal ... apa pun novel ni memang terbaekkk ... bestttt sesangat ..

Adam & Hawa

Adam dan Hawa akan sampai ke penghujung....tak lama lagi dah nak habis.Dulu bukan main complaint-jenuhlah nak tunggu 80 episode,dalam sedar tak sedar dah tinggal lagi 2 episod sahaja nak habis! Bagi peminat yang sudah pun baca novel Adam dan Hawa pastinya suspen menunggu babak-babak seterusnya mengikut novel. Cerita bersiri yang tak pernah saya terlepas menontonnya daripada episod pertama sehinggalah semalam dan pastinya untuk 2 episod yang terakhir ini !! Drama terbaik lakonan 2 pelakon yang berbakat ini banyak memberikan kesan pada penonton sehingga ada yang marah dan benci dengan watak dee...hihihi itulah dikatakan pengaruh cerita ! Semalam sewaktu saya on9 di FB terbaca dalam page Adam & Hawa bahawa pada 10 Jan ini kepada penonton yang ingin menonton episod terakhir Adam & Hawa bersama pelokon-pelakonnya boleh hadir di Restoran Kampung Pandan Kari Kepala Ikan Jalan Yap Kwan Seng pada jam 10.00 malam. Empat episod yang TERAKHIR. Kemeriahan kembali apabila tiba hari Isnin – Khamis. Rancangan Adam dan Hawa yang semakin mendapat tempat di hati penonton.Am & Ain, Johan & Azie,Dee & Muzaffar.Macam-macam kisah kan? Yang pastinya nak tunggu baby Arissa Nurasyiqin macam ada dibaca dalam novel tu !!! Semalam Ain tidak menyangka percutiannya ke Cameron Highland adalah bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 9.Macam mana dengan Dee? Masih tak nak anak dalam kandungannya itu ke? Kasihan dengan Muzaffar....jangan lupa saksikan episod 79 malam ini ya !!

Rabu, 2 Januari 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Ya Allah, Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan yang lebih gemilang buat kami, bukakanlah pintu ketenangan, kebahagian, kesihatan, kasih sayang, kesejahteraan dan keselamatan juga keamanan yang menyeluruh untuk kami dan kaum muslimin keseluruhannya untuk kami terus memelihara dan memertabatkan agamaMu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmatMu sepertimana yang Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan, kesukaran, kesedihan, putus asa dan kerungsingan hidup. Ya Allah, kekalkan tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagiaan, kelapangan juga keredhaanMu, supaya kami dapat rasakan dalam detik kehidaupan kami ini penuh dengan kasih sayang, keindahan, keberkatan dan kebesaran AgungMu Ya Allah! Ya Allah, Jadikanlah tahun yang akan datang semulia-mulia tahun yang Engkau berkati kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersamaMu.. Ya Allah, Ampunkanlah segala kesalahan kami, kelalaian kami, kelemahan dan kekurangan kami dan terimalah taubat kami, terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami...Aamiin Ya Rabbal Alamin!
Persahabatan Yg Sejati Akan Membawa Kpd Kerinduan Yg Abadi, Org Yg Rugi Ialah Org yG Tidak Memperolehi Sahabat & Yg Paling Rugi Ialah Dtinggalkan Sahabat. Sesungguhnya Persahabatan Itu Lebih Unggul Drpd Percintaan, Tanpa Persahabatan Percintaan Akan Berakhir, Tetapi Tanpa Percintaan Sahabat Blh Kekal.


Oleh Itu Hargailah Persahabatan Yg Terjalin, Kerana Sahabat Mewakili Sesuatu Kekuatan. Sahabat Yg Paling Baik Adalah "DIRI" Kita Sendiri Yg Tahu Menilai Setiap Apa Yg Kita Lakukan. Hadiah Yg Paling Berharga Dlm Erti Kata Sahabat Yg Sebenar.


Bergaullah Dngn Manusia Sebaiknya Sehingga Kalau Kamu Mati Mereka Tanggisi Dan Kalau Hidup Mereka Selalu Merindu.......


Yg Indah Itu Pertemuan..... Yg Manis Itu Kemesraan..... Yg Pahit Itu Perpisahan.... Yg Tinggal Hanya Kenangan.....