Ahad, 22 November 2009

Luahanku.....

MANUSIA..bahagia bila dia mampu membuka mata untuk menyedari bahawa dia memiliki banyak keistimewaan yang bererti. Manusia mampu bahagia bila dia mahu membuka mata hati untuk menyedari betapa dia dicintai. Manusia mampu bahagia bila dia mahu membuka diri agar org lain blh menyintainya dengan tulus.

MANUSIA...tidak bahagia kerana tidak mahu membuka hati berusaha meraih yang tidak dapat diaraih,memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan,tidak mahu menerima dan mensyukuri apa yang ada. Manusia buta kerana egois dan hanya memikirkan diri sendiri. Tidak sedar bahawa dia begitu dicintai,tidak sedar bahawa saat ini yang ada adalah yang terbaik, selalu berusaha meraih lebih dan tidak sedar kerana serakah.

ADA...teman yang begitu mencintai, namun tidak diendahkan kerana memilih menilai dan menghakimi sendiri. Memilih teman dan mencari-cari padahal di depan mata ada teman yang sejati. Telah memiliki segala yang terbaik, namun serakah ingin dirinya yang paling diperhatikan, paling disayangi, selalu menjadi pusat perhatian, selalu dinombor satukan. Padahal semua manusia memiliki peranan hebat dan nombor satu dalam satu hal tapi belum tentu dalam hal lain, dicintai oleh satu org belum tentu oleh org lain..

BAHAGIA..bersumberkan diri dalam diri kita sendiri, jika berharap daripada org lain, maka bersedialah untuk ditinggalkan, bersedialah untuk dikhianati, kita akan bahagia bila kita boleh menerima diri apa ada, mencintai dan menghargai diri sendiri, mahu mencintai org lain dan mahu menerima org lain.

PERCAYALAH...kepada Allah dan bersyukur kepadanya. Bahawa kita selalu diberikan yang terbaik dengan usaha kita. Tidak perlu berkeras hati. Dia akan memberikan kita di saat yang tepat apa yang kita perlukan, meskipun bukan hari ini. Masih ada hari esok. Berusahalah dan bahagialah kerana kita dicintai begitu banyak org....

Tiada ulasan:

Persahabatan Yg Sejati Akan Membawa Kpd Kerinduan Yg Abadi, Org Yg Rugi Ialah Org yG Tidak Memperolehi Sahabat & Yg Paling Rugi Ialah Dtinggalkan Sahabat. Sesungguhnya Persahabatan Itu Lebih Unggul Drpd Percintaan, Tanpa Persahabatan Percintaan Akan Berakhir, Tetapi Tanpa Percintaan Sahabat Blh Kekal.


Oleh Itu Hargailah Persahabatan Yg Terjalin, Kerana Sahabat Mewakili Sesuatu Kekuatan. Sahabat Yg Paling Baik Adalah "DIRI" Kita Sendiri Yg Tahu Menilai Setiap Apa Yg Kita Lakukan. Hadiah Yg Paling Berharga Dlm Erti Kata Sahabat Yg Sebenar.


Bergaullah Dngn Manusia Sebaiknya Sehingga Kalau Kamu Mati Mereka Tanggisi Dan Kalau Hidup Mereka Selalu Merindu.......


Yg Indah Itu Pertemuan..... Yg Manis Itu Kemesraan..... Yg Pahit Itu Perpisahan.... Yg Tinggal Hanya Kenangan.....