Selasa, 10 November 2009

Adakah kita menangis kerana takutkan Allah s.w.t ?

Dalam sebuah kitab, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

p/s: Jangan malu jika kita orang lelaki yang menangis kerana takutkan Allah s.w.t. Tetapi malulah jika menangis disebabkan perkara yang tidak sepatutnya Lelaki menangis tak macho? Sedangkan salah satu kecantikan bagi seorang lelaki ialah yang mampu menangis kerana ingatan. Air mata lelaki itu terlalu mahal ditumpahkan? Tapi kedengaran seumpama situasi ini menggambarkan bahawa lelaki itu ego? Sebenarnya air mata itulah yang menjadi bukti bahawa kita ini lemah. Bukan hanya wanita sahaja yang layak untuk menangis tetapi lelaki juga berhak untuk menumpahkan air matanya. Cuma bezanya mungkin dengan cara sebagai seorang lelaki.

Betapa seorang hamba itu pasti akan menghadapi dugaan, pasti dan pasti akan menjalani kesukaran dalam hidupnya. Kalau bernasib baik, jarang sekali kesedihan itu menghimpitnya. tetapi andai kasih sayang Allah s.w.t kepadanya begitu kuat, maka akan terhimpitlah dia dalam terlalu banyak dugaan. Cuma yang pasti Allah s.w.t tidak pernah zalim kepada hamba-Nya. Dalam tiap kesukaran pasti dan pasti akan Dia sediakan kemudahan sebagai jalan keluar untuk hamba-Nya, cuma mungkin ada waktunya lama, ada waktunya singkat. Oleh itu bersabar ialah kekuatan, dan orang yang mampu bersabar dengan tiap dugaan dan kesukaran yang jatuh kepadanya pasti dan tidak syak lagi adalah orang yang paling hebat yang pernah wujud.

Nabi s.a.w sendiri, tatkala malam bertandang, saat sujudnya sentiasa ada tangisan yang keluar, sedangkan dia insan pilihan, namun baginda s.a.w tidak pernah lupa dengan sifatnya sebagai hamba yang pasti dan pasti memerlukan Allah s.w.t sebagai pembantu dan penunjuk arah. Kerana itulah, nabi s.a.w menyuruh kita mengeluarkan air mata ketika berdoa, andai tak mampu buat-buatlah menangis pada permulaannya. Nabi berdoa agar sentiasa diberikan peluang untuk menangis setiap kali doa ditadahnya. Telah bersabda Rasulullah S.A.W,

" Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Tetapi pada hari ini, kita menangisi untuk perkara dunia. Kita akan menangis andai tidak mempunyai harta sedangkan dalam kemiskinan itu bukanlah penghujung kepada kehidupan. Syaitan tidak takut jika dunia datang pada kita tetapi syaitan akan menakutkan kita dengan cara dunia hilang daripada kita. Jika hari ini kita ada banyak wang, maka syaitan akan tipu kita supaya jangan bersedekah supaya wang tidak berkurangan. Sedangkan hadith Nabi s.a.w pernah bersabda bahawa tidak akan miskin orang yang bersedekah. Pilihlah yang mana satu jalan yang kita harus yakini sebagai seorang yang beriman dan beramal soleh. Sepatutnya kita harus menangis jika tidak merasakan manisnya iman disaat menunaikan perintah Allah s.w.t dan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w.

Kita telah ditipu kerana kita menangis apabila ditinggalkan kekasih, sedangkan pada penghujung waktu hayat ini pasti dan pasti kita sendiri meninggalkan orang yang kita kasihi di dunia. Kita lupa, sepatutnya air mata yang diberikan Allah s.w.t digunakan untuk memikirkan dan merisaukan keadaan umat yang menderita sekarang dan ditangisi atas dosa-dosa yang dilakukan.

Kita seringkali ditipu kerana kita menangis mengenangkan masa lampau yang sentiasa menghantui hari-hari kita. Masa lampau adalah sejarah dan pasti tidak akan dapat diputarkan kembali masa dan waktu yang telah berlalu detiknya. Mengingatkan saat indah bersama pasangan kekasih tiba-tiba ditakdirkan Allah s.w.t untuk berpisah akan menyebabkan kita akan mempersalahkan pada takdir.

Meratapinya hanya akan membawa 'kematian' kepada semangat yang sedang berusaha tumbuh dalam hati kita. Yang pasti akan menjadikan kita semakin jauh daripada Pencipta. Yakinlah dengan iman, bahawa Allah s.w.t menarik sesuatu daripada kita kerana Dia mahu menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Dia lebih mengetahui apa-apa perkara yang terbaik untuk kita, lebih dari apa yang kita tahu tentang diri kita, kerana Dia yang mencipta dan mentadbir dunia ini.

Hari ini nikmat air mata itu telah kita salah gunakan. Terlalu banyak air mata yang dibazir untuk sesuatu yang begitu sia-sia. Mengapa mahu membunuh jiwa yang masih mempunyai peluang untuk terus bangkit menghadapi hari esok?

Mungkin pada hari ini, ini kata-kata yang terkeluar daripada bibirku. Tidak mustahil suatu hari nanti, apabila aku berhadapan dengan situasi yang berat, pasti aku menangis juga, cuma aku tidak tahu, aku menangis kerana apa ketika itu???

Apakah air mata yang sia-sia itu juga yang ingin kita jadikan saksi kepada Allah s.w.t kelak? Umat dalam keadaan menderita sekarang, adakah kita menangis memikirkan dan merisaukannya?

Jangan bersedih, kerana dunia ini tidak layak untuk ditangisi.

"Andai dunia ini berharga hatta hanya sebesar kepak nyamuk sekali pun, pasti akan diharamkan walau setitis air kepada orang-orang kafir. Tetapi kerana dunia ini tiada nilainya, maka Allah memberi kepada kafir dan orang-orang berdosa tanpa batasan" (Al-hadith)

Tiada ulasan:

Persahabatan Yg Sejati Akan Membawa Kpd Kerinduan Yg Abadi, Org Yg Rugi Ialah Org yG Tidak Memperolehi Sahabat & Yg Paling Rugi Ialah Dtinggalkan Sahabat. Sesungguhnya Persahabatan Itu Lebih Unggul Drpd Percintaan, Tanpa Persahabatan Percintaan Akan Berakhir, Tetapi Tanpa Percintaan Sahabat Blh Kekal.


Oleh Itu Hargailah Persahabatan Yg Terjalin, Kerana Sahabat Mewakili Sesuatu Kekuatan. Sahabat Yg Paling Baik Adalah "DIRI" Kita Sendiri Yg Tahu Menilai Setiap Apa Yg Kita Lakukan. Hadiah Yg Paling Berharga Dlm Erti Kata Sahabat Yg Sebenar.


Bergaullah Dngn Manusia Sebaiknya Sehingga Kalau Kamu Mati Mereka Tanggisi Dan Kalau Hidup Mereka Selalu Merindu.......


Yg Indah Itu Pertemuan..... Yg Manis Itu Kemesraan..... Yg Pahit Itu Perpisahan.... Yg Tinggal Hanya Kenangan.....