Ahad, 8 November 2009

Kisah Ruh Keluar Dari Jasad




Apabila roh keluar dari jasad, ia akan
berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan
mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu
roh berkata:

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana
Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat
ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu,

mayat pula bersuara sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan,
janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.

Begitu juga
jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar
apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali
lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang Yang memandikan jangan engkau
menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya
roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan
ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu
kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya
sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak
dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu
ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan
isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku
telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya
pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat
kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan
pada pengusung, sekali lagi diserunya Kepada jemaah supaya jangan
mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak
dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah
sebanyak tiga langkah dari rumah,roh Pula berpesan: "Wahai Kekasihku,
wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,Jangan kamu diperdaya dunia
sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang
aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu
menanggung alahanku". "Adapun didunia,Allah menghisab aku, padahal kamu
berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan
aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang
melihat Kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi
kubur masing-masing.

Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat
melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya
kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.

Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana
petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai
anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga.Pada Malam itu juga
dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang Dilihatnya dalam
mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,anak-anak jiranitu
berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk
bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi
bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur
dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu Kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam
badan dan kemudian Mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak
kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan
malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut
dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang
lain masuk dan menarik rohnya dari Perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali Datang lagi satu kumpulan
malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga Sampai ke kerongkong
dan itulah yang dikatakan saat nazak orang tu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: Kalau orang yang nazak itu orang yang
beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan
sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.
Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada
orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya
pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.
"Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan
menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat
melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi
melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang Mukmin
itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat Maut
hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka Keluarlah
zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan
bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini
sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada
Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin
itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat
maut,Kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar
penulisan ilmu.

Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk
mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan
sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini
menulis ilmu pengetahuan.

"Oleh kerana malaikat maut gagal untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula
dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki
berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa
berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini
juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat
maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba
pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga
maka telinga pun berkata:Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."Akhir
sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi
baru saja hendak menghampiri mata maka berkata maka: "Tidak ada jalan
bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan
kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian
Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu
ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut
menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja
melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh
tersebut dari arah mulut dengan tenang.

AbuBakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia
Keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut
kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di
udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

"Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya
oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama. Ilmu yang bermanfaat ialah
salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun
dia sudah mati Sekian,wassalam.

Tiada ulasan:

Persahabatan Yg Sejati Akan Membawa Kpd Kerinduan Yg Abadi, Org Yg Rugi Ialah Org yG Tidak Memperolehi Sahabat & Yg Paling Rugi Ialah Dtinggalkan Sahabat. Sesungguhnya Persahabatan Itu Lebih Unggul Drpd Percintaan, Tanpa Persahabatan Percintaan Akan Berakhir, Tetapi Tanpa Percintaan Sahabat Blh Kekal.


Oleh Itu Hargailah Persahabatan Yg Terjalin, Kerana Sahabat Mewakili Sesuatu Kekuatan. Sahabat Yg Paling Baik Adalah "DIRI" Kita Sendiri Yg Tahu Menilai Setiap Apa Yg Kita Lakukan. Hadiah Yg Paling Berharga Dlm Erti Kata Sahabat Yg Sebenar.


Bergaullah Dngn Manusia Sebaiknya Sehingga Kalau Kamu Mati Mereka Tanggisi Dan Kalau Hidup Mereka Selalu Merindu.......


Yg Indah Itu Pertemuan..... Yg Manis Itu Kemesraan..... Yg Pahit Itu Perpisahan.... Yg Tinggal Hanya Kenangan.....