Sabtu, 28 November 2009

Hukum meninggalkan sembahyang

Sesiapa yang melaksanakanya bererti ia telah mendirikan agamanya, dan sebaliknya apabila ia meninggalkannya maka bererti ia telah meruntuhkan agamanya.Dari hadis ini dapat difahami bahawa meninggalkan sembahyang dengan sengaja itu mempunyai hukum yang sangat berat.

Untuk menjelaskan persoalan tersebut marilah wahai saudara ku sekelian kita merenung dan melihat tentang sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang antara lain bermaksud:"Daripada Jabir r.a bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: Perbezaan antara kufur dan iman itu ialah meninggalkan sembahyang" Hadis di atas dengan tegas menerangkan kepada kita bahawa perbezaan antara seorang yang mukmin dengan seorang yang kafir itu sudah dapat dilihat dari sudut zahirnya dengan meninggalkan sembahyang.

Ertinya menurut zahir hadis ini sudah cukup untuk menjadi kafir hanya dengan meninggalkan sembahyang. Walaubagaimana pun menurut pandangan ulama hukum mereka yang meninggalkan sembahyang dapat dilihat dari berbagai sudut. Antaranya ialah mereka yang meninggalkan sembahyang dengan satu keyakinan bahawa sembahyang itu tidak menjadi kewajipan terhadap dirinya. Atau dengan ia mengatakan sembahyang itu tidak wajib ke atasnya. Maka ijma al-muslimin orang yang berkenaan telah jatuh kafir dan pada saat tersebut terkeluarlah ia dari agama Islam.

Kedua mereka yang meninggalkan sembahyang kerana malas dan masih beriktikad tentang kewajipan sembahyang tersebut.Keadaan ini terdapat beberapa pandangan ulama: Imam Malik,Imam Syafe'i, jumhur ulama salaf dan khalaf berpendapat tidak jatuh kafir sebaliknya menjadi fasik dan diarahkan supaya bertaubat orang tersebut.Andaikata ia enggan bertaubat maka hendaklah ia dibunuh dengan dipancung. Manakala sebahagian dari golongan salaf menghukumkan kafir orang yang meninggalkan sembahyang disebabkan oleh malas. Pendapat ini diriwayatkan dari Saidina 'Ali k.w.dan Imam Ahmad bin Hanbal.Manakala Abu Hanifah dan sekumpulan ulama dari Kufah berpendapat tidak kufur dan tidak dihukun bunuh sebaliknya dikenakan hukuman ta'kzir dan dipenjara sehingga ia mahu menunaikan kewajipan sembahyang.

Kesimpulan
Oleh kerana sembahyang merupakan tiang agama, dan hukum meninggalkanya terlalu berat, maka wahai saudara ku sekelian! Sebelum terlambat marilah kita bersegera menunaikan hak Allah S.W.T ke atas kita dengan mengerjakan sembahyang. Kerana Allah S.W.T. telah memperingatkan kepada kita dengan firmanNya yang antara lain bermaksud: "Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka" Kata-kata hukama menyebutkan "Sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan".
Mudah-mudahan kita diperlihara dan diberikan taufik dan hidayah dalam melaksanakan ibadah sembahyang

Tiada ulasan:

Persahabatan Yg Sejati Akan Membawa Kpd Kerinduan Yg Abadi, Org Yg Rugi Ialah Org yG Tidak Memperolehi Sahabat & Yg Paling Rugi Ialah Dtinggalkan Sahabat. Sesungguhnya Persahabatan Itu Lebih Unggul Drpd Percintaan, Tanpa Persahabatan Percintaan Akan Berakhir, Tetapi Tanpa Percintaan Sahabat Blh Kekal.


Oleh Itu Hargailah Persahabatan Yg Terjalin, Kerana Sahabat Mewakili Sesuatu Kekuatan. Sahabat Yg Paling Baik Adalah "DIRI" Kita Sendiri Yg Tahu Menilai Setiap Apa Yg Kita Lakukan. Hadiah Yg Paling Berharga Dlm Erti Kata Sahabat Yg Sebenar.


Bergaullah Dngn Manusia Sebaiknya Sehingga Kalau Kamu Mati Mereka Tanggisi Dan Kalau Hidup Mereka Selalu Merindu.......


Yg Indah Itu Pertemuan..... Yg Manis Itu Kemesraan..... Yg Pahit Itu Perpisahan.... Yg Tinggal Hanya Kenangan.....