Ahad, 22 November 2009

*~CINTA~*

Teringat aku pada suatu ketika dulu. semasa dia menayakan aku tentang erti cinta. sekuat mana perasaan cinta yang terpatri didalam diriku. aku tidak bisa menjawap kerana aku sendiri tidak pasti seteguh mana cinta aku ketika itu. cinta yang ku rasakan sudah mati dengan kehilangan wajah itu dari depan mataku. rupa-rupanya masih bertapak kukuh wajahnya menjelma di depan mataku. wajah yang membuat aku lupa seketika apa yang sebenarnya yang telah aku ikrakan di dalam diriku ini. ikrar yang aku buat untuk melupakan untuk menidakkan perasaan cinta itu. tapi pada siapa yang sebenarnya aku sedang bohong ketika itu. aku atau dia...?

Aku tidak bisa menolak cinta itu dari lubuk jiwaku..cinta yang amat sangat. tapi kerana cinta itu aku hampir kehilangan insan yang amat aku sayangi. org yang tidak pernah hadir dalam rasa cinta itu tiba-tiba menjadi sebahagian dari cinta itu..cinta aku padanya sehingga tegar membiarkan segala-galanya berbaur menjadi satu dendam yang amat dahsyat...

Darinya aku cuba mencari makna erti kekuatan biarpun kadang-kala aku terasa yang dia juga sedang berusaha mencari dirinya sendiri. kehilangan cinta menjadikan dia semakin kukuh dan tahu apa yang diinginkan. berbanding dengan diriku..kehilangan cinta menjadikan aku semakin lemah. lemah untuk berjuang menegakkan apa yang aku katakan sebagai cinta..

Tak pernah berdetik barang secubit pun perasaan untuk menyayangi dirinya lebih daripada sebagai sahabat dan saudara. untuk lebih dari itu rasanya aku tidak mampu. sayang yang lahir dalam diriku ini hanyalah untuk insan yang aku cintai. walaupun acap kali diri ini di sakiti, mencalarkan rasa cinta yang bersemadi di jiwaku ini tetap rasa cinta dan kasih ini sukar untuk aku lupakan. sukar untuk aku kikis. biarlah..biarlah masa yang menentukan segalanya..

Andai suatu hari ditakdirkan..akan aku mulakan dari bawah. aku akan belajar menyintainya. menyintai dirinya selayak dia di cintai. sampai detik itu, biarlah aku sendiri..memujuk hati yang tercalar dan berdarah dek luka yang ditinggalkan sabar..itulah yang menjadi tunggak hidupku kini...

Tiada ulasan:

Persahabatan Yg Sejati Akan Membawa Kpd Kerinduan Yg Abadi, Org Yg Rugi Ialah Org yG Tidak Memperolehi Sahabat & Yg Paling Rugi Ialah Dtinggalkan Sahabat. Sesungguhnya Persahabatan Itu Lebih Unggul Drpd Percintaan, Tanpa Persahabatan Percintaan Akan Berakhir, Tetapi Tanpa Percintaan Sahabat Blh Kekal.


Oleh Itu Hargailah Persahabatan Yg Terjalin, Kerana Sahabat Mewakili Sesuatu Kekuatan. Sahabat Yg Paling Baik Adalah "DIRI" Kita Sendiri Yg Tahu Menilai Setiap Apa Yg Kita Lakukan. Hadiah Yg Paling Berharga Dlm Erti Kata Sahabat Yg Sebenar.


Bergaullah Dngn Manusia Sebaiknya Sehingga Kalau Kamu Mati Mereka Tanggisi Dan Kalau Hidup Mereka Selalu Merindu.......


Yg Indah Itu Pertemuan..... Yg Manis Itu Kemesraan..... Yg Pahit Itu Perpisahan.... Yg Tinggal Hanya Kenangan.....