Sabtu, 21 November 2009

Warkah untuk Hawa dari Adam...



Hawa,
Sedarlah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita
dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan, walau secebis oleh
kaum Adam, tiada nilaian di mata Adam, kita hanyalah sebagai alat untuk
memuaskan hawa nafsu semata. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam,
bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara,
kita dihargai dan dipandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga
tiada sebaik-baik hiasan dunia melainkan wanita solehah.
Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? kenapa mesti engkau
kaku dalam mentaati ajaranNya? kenapa masih segan mengamalkan isi kandunganNya?
kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? dan kenapa masih tak mahu
menutup aurat, wahai Hawa?...
Wahai Hawa,
Tangan yang menggoncang buaian bisa menggoncang dunia, sedarkah hawa kau bisa
menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni anak yang soleh
solehah, kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi
dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata
dunia. Tapi Hawa, jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan
lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau
menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa...Jangan!!!
Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu. Jangan
sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang
kemurkaan dan kebencian Allah tetapi pada masa yang sama memberi kegembiraan
pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang dieksploitasikan oleh
syaitan dlam menyesatkan Adam.
Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu,
andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau menjadi ibu, didiklah anakmu sehingga ia tidak gentar
memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah Hawa akan
janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan
mengandaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai
pakaian yang menampakkan susuk tubumu hanya untuk menarik perhatian atau
bertujuan memikat seorang lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tetapi
merangsang nafsunya. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan
muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, maka lahirnya
senyuman...maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan...
dan dari pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih
wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui
keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi
akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik
juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana ia
takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga
tak mahu bermain cinta kerana ia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan
antara lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan
pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya
cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta
daripada kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan perolehi cinta dari
insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan
peroleh keredhaan Allah. Cintailah keluargamu keran kau tak akan jumpa cinta
yang bahagia selain daripada cinta keluarga.
Hawa,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini bisa
menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Allah. Janganlah sesekali tangan
yang menggoncang dunia ini juga yang menggoncang iman lelaki, kerana aku sukar
menerimanya dan benci setiap kali mendengarnya.
Tulus Ikhlas,
Dari Adam untuk Hawa...
AKAL wanita setipis rambutnya,
tebalkan ia dengan ilmu yang bermanfaat...
HATInya serapuh kaca,
kuatkanlah ia dengan pancaran Nur Iman...
PERASAANnya selembut sutera,
suburkanlah ia dengan ketegasan demi maruahnya...
PERIBADInya lemah bak lalang ditiup angin,
hiasilah ia dengan akhlak terpuji...

Tiada ulasan:

Persahabatan Yg Sejati Akan Membawa Kpd Kerinduan Yg Abadi, Org Yg Rugi Ialah Org yG Tidak Memperolehi Sahabat & Yg Paling Rugi Ialah Dtinggalkan Sahabat. Sesungguhnya Persahabatan Itu Lebih Unggul Drpd Percintaan, Tanpa Persahabatan Percintaan Akan Berakhir, Tetapi Tanpa Percintaan Sahabat Blh Kekal.


Oleh Itu Hargailah Persahabatan Yg Terjalin, Kerana Sahabat Mewakili Sesuatu Kekuatan. Sahabat Yg Paling Baik Adalah "DIRI" Kita Sendiri Yg Tahu Menilai Setiap Apa Yg Kita Lakukan. Hadiah Yg Paling Berharga Dlm Erti Kata Sahabat Yg Sebenar.


Bergaullah Dngn Manusia Sebaiknya Sehingga Kalau Kamu Mati Mereka Tanggisi Dan Kalau Hidup Mereka Selalu Merindu.......


Yg Indah Itu Pertemuan..... Yg Manis Itu Kemesraan..... Yg Pahit Itu Perpisahan.... Yg Tinggal Hanya Kenangan.....