
Tidak ada apa yang ada padaku milikku,
Mengapa aku mesti berbangga?!
Di dalam diri mahupun di luar diri
Bukan aku punya
Yang bersifat maddi mahupun
Yang bersifat maknawi dan rohani
Semuanya kepunyaan Tuhanku
Ciptaan dan anugerahNya
Segalanya akan kembali kepadaNya
Tuhan akan menghisabnya
Kalau sempurna menggunanya
Ia adalah dari kurniaanNya dan pimpinanNya
Jika cacat, akulah yang cuai menjaganya
Aku akan dipersalahkan
Aku telah merosakkan anugerahNya
Aduh!
Mampukan aku mengawal, menjaga dan menggunakan pada tempatnya?!
Tuhan,
Berilah aku kekuatan
Menjaga dan mengurus segala nikmatMu itu
Kalau ada kekurangannya
Dengan rahmatMu
Ampunkanlah aku
Jika Engkau azab aku
Aku inikan hambaMu juga
Jika Engkau ampunkan aku
Engkau tetap dengan kesempurnaannya
Maha Suci Engkau daripada sebarang kekurangan
Pun tidak menambah kerana Engkaulah sempurna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan