
Andainya aku pergi dulu sebelumu
Jangan kau siram pusaraku dengan air matamu
tapi terus nyalakan obor buat manusia tika di perlukan
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Kematian ku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merinduku
Taman-taman di syurga bangga menerimaku
Burang-burung berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah ruh ku terbang mendapatkan rinduNYa
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar
P/s: Dalam dunia ini yang paling sulit untuk dijelaskan ialah "PERSAHABATAN" kerana ia bukanlah satu pelajaran yang bolih dipelajari dari sekolah tetapi bila sahabat tidak pernah merasai "makna" persahabatan bererti sahabat tidak pernah belajar apa apa pun didunia ini....
1 ulasan:
tika kau pergi dulu sebelum dia
tingal lah segala kenangan terindah
yang kau ciptakan bersama,tika itu dia pasti menyesali dengan ketidakjujurannya untuk mu..
namun pun begitu adalah menjadi lumrah manusia..sedih saat mula kehilangan..tidak akan pernah berhenti mencari mangsa yang baru demi sebuah perjanjian seumpama permainan..,sungguh benar kita tak pernah tahu apa yang kita miliki sehingga kita kehilanganya..
namun itu tidak akan pernah menyedarkan dirinya kerana hati manusia tidak akan pernah puas jika tidak mendapat apa yang mereka hajati..melainkan mereka yang benar benar memahami ajaran islam dan sentiasa memikirkan untuk apa mereka dilahirkan didunia yang fana ini..
jika anda pergi dahulu sebelumnya
maka tingallah harapan harapan baru untuk mencari mangsa seterusnya..ini adalah gaya jahiliah modern yang sering bersarang diminda kita hari ini
bagaimana harus kita singkirkan demi generasi seterusnya kita nanti?sama2lah kita fikir fikirkan
salam
Catat Ulasan