Ahad, 19 Disember 2010

Bingkisan hati kecilku

Hatiku tidak setandus Sahara...

Assalamualaikum rakan2 saya memohon maaf atas segala kekhilafan itu..dan dlm sesebuah perhubungan itu juga hubungan kasih syg sbg kekasih,teman is3mewa, sahabat,kawan,anak & ibu,adik & kakak telah timbul dan kdg kala tercalar atas beberapa sebab..tetapi bg saya,sekali saya menyayangi..selamanya saya akan menyayangi,namun begitu mungkin ada yg sudah tidak dapat menerima kasih syg saya..maka hubungan itu sudah tidak diperlukan lagi..oleh kerana tidak mahu terus mengharap,merindu,& membuang kasih syg yg tidak diperlukan lagi dan untuk tidak memudaratkan diri saya maka saya tercari2 penawar yg memungkin diri saya melupakan seseorang itu..bukan niat saya untuk memutuskan silaturrahim cuma ingin pergi jauh dari hidup insan yang pernah membenarkan diri saya penumpang disudut hatinya dan menerima kasih sayangnya....tetapi sakit dan peritnya hanya saya yg tahu..maka jalan yg saya ambil untuk melupakan seseorang itu perlu saya lakukan..sesungguhnya saya cuba mengelak drp meruntuhkan sebuah hubungan "Hablunminnan Nas"..namun saya perlu melakukan itu kerana saya percaya kini sudah masanya saya membina serta memperkukuhkan lagi hubungan "Hablunmin Allah".. kerana kasih syg Dia tak pernah putus buat saya.. hanya saya yg kadang kala mengambil remeh akan kasih sygNya buat saya.. Ampunkan hambaMu ini Ya Allah..Kau tenangkanlah jiwaku,Kau pertingkatkanlah kesabaranku,Kau peliharalah keimananku..Kau tabahkanlah hatiku.. sesungguhnya aku begitu rapuh di dalam mengharungi dugaanMu YaAllah…

YANG PALING SEKSA IALAH CUBA MELUPAKAN SESEORANG SEDANGKAN ORANG ITU TIDAK BOLEH DILUPAKAN.DIA SENTIASA KITA HUBUNGI,SENTIASA KITA BERTANYA KHABAR,SENTIASA ADA DALAM INGATAN KITA SETIAP SAAT YANG DIKURNIAKAN BUAT KITA.LEBIH SEKSA KALAU ADA KENANGAN-KENANGAN BERSAMANYA.SETIAP KALI CUBA MELUPAKANNYA,SEMAKIN RINDU PULA JADINYA.

Begitulah hakikat hidup. Berkenalan itu jauh lebih mudah daripada cuba berpisah. Walaupun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran, iltizam, kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semuanya itu. Anda perlu berani untuk melupakannya sedangkan anda memang tidak mampu melupakannya.

Bagaimana lagi harus bersabar sedangkan anda tidak mampu mengelak. Hendak iltizam apa lagi kalau kesungguhan untuk melupakannya juga tidak kesampaian. Begitulah seksa dan deritanya detik-detik untuk berpisah. Sebab itulah jangan membina hubungan istimewa sebab perpisahan kalau terjadi pada saat begini sangat menyeksakan.

Jika anda tidak mampu melupakannya, tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH.


“Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.”

Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia.

Namun, atas pelbagai sebab dan alasan, ada kalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya. Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa disayat sembilu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina lapangan baru.

Dimanakah dikau wahai cinta ini kerana dikau selalu hadir disetiap hembusan nafas hidupku,Engaku juga membuatkan ku tegar untuk menghadapi cubaan dan engkau juga membuatkan aku tertawa riang dalam kebahagian dan menangis dikala daku kesunyian...

Ya Allah berikan aku cinta aku ingin rasa dikasihi,aku ingin rasa disayangi.aku ingin rasa seperti orang lain sekurang-kurangnya berikan aku rasa bahagia walau sekejap cuma dalam hidupku ini.kenapa Kau dugaku seperti ini? hatiku kosong,hatiku sepi...ya Allah,izinkan aku mencintainya aku jua ingin rasakan dia mencintaiku... tetapi kenapa aku selalu hampa? benarkah dia turut menyayangi ku seperti yang diakuinya?sedangkan seringkali dia membuat aku menangis seringkali dia membiarkan ku kesepian tanpa sepatah kata....

Ada teman pula menyarankan agar saya pergi ke pantai,tulis masalah atas pasir,nanti apabila datang ombak hilanglah masalah dibawa ombak ke laut.Emmm..andai ia semudah itu alangkah tenangnya hidup saya….Walau apapun saya berpegang kepada kata-kata “Terimalah bahawa dia bukan orang yang terbaik bagimu.Allah ambil dia balik dari hatimu dan akan gantikan seseorang yang lebih baik darinya untuk kamu.”

Namun sakit dan peritnya dibiar mengharap dan merindu sendirian membuatkan saya serik untuk menerima pengganti lagi saya lebih rela sendiri.Kadang-kadang kita menganggap seseorang itu amat bermakna pada kita.Tapi kita sendiri tidak pasti adakah kita ini bermakna untuk dia atau sekadar mengisi kekosongan,kesepian lantas dia akan berlalu pergi suatu masa nanti.Letihkah aku menjadi tabah? Penatkah aku menjadi sabar? Lelahkah aku mengajar diri supaya tenang? Wallahualam...

Ya Allah,bantulah aku..aku tiada lagi tempat bergantung hanya Kau yg berkuasa kau jualah yg mengetahui segalanya kau jualah yg memegang hidup dan ajalku. Aku merayu Ya Allah,Jadikanlah kesudahan yang "TERBAIK" bagi umurku...Ameen

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa yang kau pangil cinta
bukanlah seindah mimpi yang indakerana ia cumalah bayangan ilusi
cumalah mainan tidur berpanjangan
bukan jua kebahagiaan yang kau harapkan
kerana ia cuma pentas permainan
yang berselerakan di hati dia
bukanlah permata yang seutuh berlian ia hanyalah kaca nan terang
cuma menyilau pandangan ditengah sahara
apa yang kau pangil cinta barangkali berbunga dimata dihati
seperti duri yang berbisa
cuma laungan ditengah gurun
nampak seakan penyelamat sedang cuma di kejauhan pandangan
apa yang kau pangil cinta adalah keindahan berseri namun garis lekok lekok garisnya membuat ia menjadi jalan yang panjang yang menakutkan
apa yang kau pangil cinta
cuma indah apabila kau membawa TUHANMU menyertainya
salam
terima kasih kepada sahabat trusting
perkongsian dari insan bernama RIA

Persahabatan Yg Sejati Akan Membawa Kpd Kerinduan Yg Abadi, Org Yg Rugi Ialah Org yG Tidak Memperolehi Sahabat & Yg Paling Rugi Ialah Dtinggalkan Sahabat. Sesungguhnya Persahabatan Itu Lebih Unggul Drpd Percintaan, Tanpa Persahabatan Percintaan Akan Berakhir, Tetapi Tanpa Percintaan Sahabat Blh Kekal.


Oleh Itu Hargailah Persahabatan Yg Terjalin, Kerana Sahabat Mewakili Sesuatu Kekuatan. Sahabat Yg Paling Baik Adalah "DIRI" Kita Sendiri Yg Tahu Menilai Setiap Apa Yg Kita Lakukan. Hadiah Yg Paling Berharga Dlm Erti Kata Sahabat Yg Sebenar.


Bergaullah Dngn Manusia Sebaiknya Sehingga Kalau Kamu Mati Mereka Tanggisi Dan Kalau Hidup Mereka Selalu Merindu.......


Yg Indah Itu Pertemuan..... Yg Manis Itu Kemesraan..... Yg Pahit Itu Perpisahan.... Yg Tinggal Hanya Kenangan.....