
Senja berlabuh menyirnakan fajar
Menjemput malam menghiasi alam
Purnama mengambang yang bertemankan bintang
Kelam dibaluti kesayuan awan
Diiringi titisan hujan
Seakan mengerti rintihan perasaan
Tatkala irama syahdu berkumandang
Semakin terhiris sebuah kelukaan
Mengenang kesetiaan dan kejujuran
Dibalasi seribu persoalan
Lantaran..Kepastian disirami kekecewaan
Cinta terkubur bersama impian
Pena menari mengukir lembaran
Menutup tirai cinta yang pudar
Biar luka seribu rindu
Dari merana sepanjang waktu
Tanpa disedari...
Coretan terakhir menyentuh hati
Sejernih air mata membasahi pipi
Mengungkap kemaafan dalam hubungan
Segala kenangan kan tersemat diingatan
Andai tiada lagi rasa itu untukku
Aku rela lepaskan dirimu pergi
Kerana aku amat menyayangimu
Aku mahu kau bahagia bersama pilihanmu
Aku mahu lihat kau tersenyum walau bukan denganku,
Dan kerana aku pasti kebahagiaanmu dengan insan
Yang tulus menyayangi dan ikhlas menerima dirimu...
Insan yang jauh lebih sempurna dari DIRIKU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan