Ahad, 19 Disember 2010

Andai tiada pertemuan....





Buat seseorang yang ku panggil SAYANG @ ABG


Andai tiada pertemuan...
tiada hati yang merintih pilu
tiada jiwa berlagu rindu
tiada airmata ramah bertamu
Andai tiada pertemuan...
tiada jiwa yang akan bersatu
menyanyi lagu bahagia
berirama cinta dan setia
Andai tiada pertemuan...
tiada janji yang termeteri
bersulamkan sumpah dan ikrar
berendakan kasih dan sayang
Andai tiada pertemuan.....
tiada nostalgia menjadi kenangan
Biar pahit dan manis dirasa
semuanya kerana sebuah pertemuan.

Bila aku hanya berdiam diri
menutup semua pintu bicara
tidak terbuka walau dimana
cubalah kau fikirkan
mengapa ini yang kulakukan
Jika aku terus membisu
menutup ruang kata-kata
tiada lagi madah dan pujangga
hitunglah hari kelmarin
yang mengundang resah terluka
Kiranya aku terus menyendiri
melayan kekecewaan semalam
cubalah kau bayangkan dukaku
pada hangatnya deraian airmata
yang mengalir tanpa ku pinta...

Kiranya aku tiada lagi
akan ingatkah kau padaku
Pada gurauan dan rajukan manjaku
Pada bicara tanpa wajah dan suara
yang mengisi suasana ceria
Kiranya aku tiada lagi
akan rindukah kau padaku
pada usikan nakal menduga
pada skrin ditalian cyber
yang mengisi masa-masa luangmu
Kiranya aku tiada lagi
kenanglah aku disudut hatimu
Maafkan juga tiap kesalahanku
doakan kesejahteraan buat diriku
dalam kembaraku membina impian.

2 ulasan:

mymind as7ocean berkata...

Salam,Tinggikanlah cinta mu setinggi tinggi cakrawala diangkasa..terhadap pencipta mu..,
Rendahkanlah cinta mu serendah rendah mutiara di dasar lautan pada namanya insan..
DIA telah dan mengatur yang terbaik buat anda,anda terpilih untuk menerima ujian ..bermakna dia sayang akan hamba hambanya yang berada dalam kepompong iman..,percayalah yaang pahit itu adalah ubat penawar..sedangkan yang manis manis itu benar benar melalaikan hidup kita terhadap Rabbul I'zati...demi mencapai kemanisan dalam kehidupan mesti kita hadapi peritnya kekecewan..ibarat mentari bersinar selepas ribut melanda..,bersabarlah wahai insan yang sering dilanda ujian..,ini hanyalah sekecil kecil ujian..umpama tempias gerimis sahaja..jika nak dibandingkan masyarakat diluar sana yang banyak kehilangan orang tercinta..
percayalah..mentari tetap akan bersinar dan bulan akan mampu tersenyum buat anda nanti..salam
penuh inpirasi dan sambutlah salam simpati..
dari seorang sahabat yang amat menghormatimu..
salam

izan berkata...

Salam,,Tinggikanlah cinta mu setinggi tinggi cakrawala diangkasa terhadap Penciptamu..
Rendahkanlah Cintamu serendah rendah Mutiara didasr lautan terhadap insan insan CiptaaNYA..,seharusnya anda berterima kasih kepada DIA yang menurunkan ujian buat anda ..bererti dia sayangkan anda..anda terpilih untuk menerima ujian berupa kekecewaan supaya kita akan lebih berhati hati di masa akan datang..dan tidak mudah percaya pada kata kata manis seorang insan begelar lelaki...percayalah..yang pahit itu adalah ubat penawar..dan yang manis itu adalah racun yang melalaikan kita dalam kehidupan..
tiap ujian ada hikmah tersendiri..namun cukup halus untuk difikirkan..berkemungkinan DIA sedang mengatur yang jalan Yang terbaik buat anda sedangkan anda tidak mengetahui..,percayalah apa yang berlaku ibarat berlakunya mendung hitam dan ribut hujan..namun selepas itu pasti mentari kan bersinar terang dan damai..,moga moga itulah jalan DIA buat anda yang pasrah atas ujian darinya..,
sambutlah salam ketenangan,salam inspirasi penuh simpati buat anda yang sedang meratapi ujian dari ILAHI..Salam..

Persahabatan Yg Sejati Akan Membawa Kpd Kerinduan Yg Abadi, Org Yg Rugi Ialah Org yG Tidak Memperolehi Sahabat & Yg Paling Rugi Ialah Dtinggalkan Sahabat. Sesungguhnya Persahabatan Itu Lebih Unggul Drpd Percintaan, Tanpa Persahabatan Percintaan Akan Berakhir, Tetapi Tanpa Percintaan Sahabat Blh Kekal.


Oleh Itu Hargailah Persahabatan Yg Terjalin, Kerana Sahabat Mewakili Sesuatu Kekuatan. Sahabat Yg Paling Baik Adalah "DIRI" Kita Sendiri Yg Tahu Menilai Setiap Apa Yg Kita Lakukan. Hadiah Yg Paling Berharga Dlm Erti Kata Sahabat Yg Sebenar.


Bergaullah Dngn Manusia Sebaiknya Sehingga Kalau Kamu Mati Mereka Tanggisi Dan Kalau Hidup Mereka Selalu Merindu.......


Yg Indah Itu Pertemuan..... Yg Manis Itu Kemesraan..... Yg Pahit Itu Perpisahan.... Yg Tinggal Hanya Kenangan.....