Rabu, 16 Januari 2013

Kekalahan Bukan Bermakna Tewas Buat Selamanya

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi pada semua rakan-rakan yang dikenali mahupun yang membaca blog saya ini...Bercerita pasal bola pulak lah pagi-pagi ni kerana semalam merupakan perlawanan antara pasukan NEGERI 9 dengan PAHANG. Tahniah buat pasukan PAHANG yang berjaya malam semalam..tak lupa juga tahniah buat pasukan NEGERI 9 kerana berjaya mendapatkan 1 gol walaupun hakikatnya masih KALAH setelah 3 perlawanan yang berlangsung.Saya taklah pandai sangat main bola tapi saya MEMENG PEMINAT SUKAN BOLA SEPAK ...boleh dikatakan setiap kali ada kelapangan dan peluang saya akan ke STAR untuk menyaksikan perlawan bola sepak malah saya juga pernah menyertai KONVOI untuk pasukan NEGERI jika perlawanan berlangsung diluar negeri sembilan. Semalam boleh kata ratusan komen dan pandangan yang tertulis dan terpapar di "FB" dimana penyokong-penyokong negeri mencurahkan ketidakpuasan hati mereka dengan keputusan kekalahan yang berturut-turut dari pasukan NEGERI 9. Walaupun corak permainan pasukan NS berubah di bawah kendalian ketua jurulatih baru, bekas jurulatih Persebaya FC, Divaldo Alves, namun NS masih tumpul di bahagian serangan apabila gagal meledak gol yang dikehendaki pasukan.Saya terpanggil untuk meluahkan juga ketidakpuasan hati sebagai penyokong setia pada pihak admin N9FUTBOL semalam so kat sini saya nak sharelah apa yang saya luahkan :)
Apa pun terjadi tetapkan terjadi ....kegagalan hari ini bukan bermakna kita akan terus gagal buat selamanya !! Cuma apa yang kami harapkan satu perubahan yang drastik berlaku dalam pasukan N9 untuk perlawanan akan datang.Kejayaan tidak akan datang BERGOLEK tanpa ada usaha yang bersungguh daripada pihak PEMAIN terutamanya. Jutaan terima kasih pada pihak admin N9FUTBOL yang menerima baik pandangan dan pendapat saya sebagai penyokong setia N9. "SELAMAT MAJU JAYA SUKAN BOLA SEPAK N9"

Tiada ulasan:

Persahabatan Yg Sejati Akan Membawa Kpd Kerinduan Yg Abadi, Org Yg Rugi Ialah Org yG Tidak Memperolehi Sahabat & Yg Paling Rugi Ialah Dtinggalkan Sahabat. Sesungguhnya Persahabatan Itu Lebih Unggul Drpd Percintaan, Tanpa Persahabatan Percintaan Akan Berakhir, Tetapi Tanpa Percintaan Sahabat Blh Kekal.


Oleh Itu Hargailah Persahabatan Yg Terjalin, Kerana Sahabat Mewakili Sesuatu Kekuatan. Sahabat Yg Paling Baik Adalah "DIRI" Kita Sendiri Yg Tahu Menilai Setiap Apa Yg Kita Lakukan. Hadiah Yg Paling Berharga Dlm Erti Kata Sahabat Yg Sebenar.


Bergaullah Dngn Manusia Sebaiknya Sehingga Kalau Kamu Mati Mereka Tanggisi Dan Kalau Hidup Mereka Selalu Merindu.......


Yg Indah Itu Pertemuan..... Yg Manis Itu Kemesraan..... Yg Pahit Itu Perpisahan.... Yg Tinggal Hanya Kenangan.....