Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta. Papar semua catatan

Isnin, 15 November 2010

BagaImana M'nyayanGi sese0rang....




1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun



MORAL OF THE STORY : Hargailah mereka yang menyayangi kita.

Ahad, 14 November 2010

Sahabat Menjadi Kekasih.....



Definasi "Sahabat" dan "Kekasih" terlalu jauh perbezaannya....

Ikatan persahabatan tidak akan terputus dan kekal selamanya walaupun berpisah jauh di bawa peredaran waktu tetapi ikatan kekasih kadang-kadang akan terputus pada bila-bila masa jika persefahaman sudah tidak berjalan seiring diantara dua pihak...

Tetapi apa kesudahan jika sebuah ikatan persahabatan bertukar menjadi ikatan kekasih...terlalu sukar untuk menghuraikan perasaan masing-masing,tetapi ianya juga sukar untuk menyalahkan mana-mana pihak kerana ianya berkait dengan hati dan perasaan..ianya lumrah kehidupan dan tiada siapa yang sempurna.

Mungkin kadang-kadang kita cuba mengelak sebaik mungkin supaya ikatan seorang sahabat tetap kekal sebagai sahabat tetapi kadang-kadang kita kena akur dengan perasaan kita sendiri...jangan terlalu ego,akibatnya kita sendiri yang merasa derita...belajar terima apa yang berlaku....

Tetapi peritnya,bila ikatan sahabat menjadi kekasih dan terputus nya hubungan itu,maka betapa pedihnya terasa teramat sangat kerana telah hilang seorang sahabat dan kekasih kepada kita....pasti kedua-dua pihak menderita sama-sama......

**HARGAILAH PERSAHABATAN KERANA JIKA IANYA HILANG IANYA AKAN MEMBAWA KEPADA KESUNYIAN***

Ahad, 29 November 2009

Membentuk Cinta Abadi…

Kata pujangga, cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya tampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan. Sungguh, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cintalah yang mampu melunakkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta.

Namun hati-hati juga dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang yang sihat menjadi sakit, orang yang gemuk menjadi kurus, orang yang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada ALLAH. Itulah para pecinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta ALLAH, cinta yang begitu agung lagi murni.

Cinta ALLAH cinta yang tidak bertepi. Jikalau sudah mendapatkan cinta-NYA, dan manisnya bercinta dengan ALLAH, tidak ada lagi keluhan, tidak ada lagi tubuh lesu, tidak ada tatapan kuyu. Yang ada adalah tatapan optimis menghadapi segala cubaan, dan rintangan dalam hidup ini. Tubuh yang kuat dalam beribadah dan melangkah menggapai cita-cita tertinggi yakni syahid di jalan-NYA jua.

Tidak jarang orang mengaku mencintai ALLAH, dan sering orang mengatakan mencintai Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam, tetapi bagaimana mungkin semua itu diterima ALLAH tanpa ada bukti yang diberikan, sebagaimana seorang arjuna yang mengembara, menyebarangi lautan yang luas, dan mendaki puncak gunung yang tinggi demi mendapatkan cinta seorang wanita. Bagaimana mungkin menggapai cinta ALLAH, tetapi dalam fikirannya selalu dibayang-bayangi oleh wanita atau lelaki yang dicintai. Tidak mungkin dalam satu hati dipenuhi oleh dua cinta. Salah satunya pasti menolak, kecuali cinta yang dilandasi oleh cinta pada-NYA.

Di saat ALLAH menguji cintanya, dengan memisahkanya dari apa yang membuat dia lalai dalam mengingat ALLAH, sering orang tidak bisa menerimanya. Di saat ALLAH memisahkan seorang gadis dari calon suaminya, tidak jarang gadis itu langsung lemah dan terbaring sakit. Di saat seorang suami yang isterinya dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tidak punya gairah dalam hidup. Di saat harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai orang yang hijrah ke rumah sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian dari ALLAH, kerana ALLAH ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-hamba-NYA kepada sang penakluk jiwa, ALLAHU RABBI. ALLAH menginginkan bukti, namun sering orang pun tidak berdaya membuktikannya, justeru sering berguguran cintanya kepada ALLAH, disaat ALLAH menarik secuil nikmat yang dicurahkan-NYA.

Itu semua adalah bentuk cinta palsu, dan cinta semu dari seorang makhluk terhadap KHALIQnya. Padahal semuanya sudah diatur oleh ALLAH, rezeki, maut, jodoh, dan langkah kita, itu semuanya sudah ada suratannya dari ALLAH, tinggal bagi kita mengupayakan untuk menjemputnya. Amat merugi manusia yang hanya dilelahkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan enggan menolong orang yang papah. Padahal nasib di akhyrat nanti adalah ditentukan oleh dirinya ketika hidup di dunya. Bersungguh-sungguh mencintai ALLAH, ataukah terlena oleh dunya yang fana ini? Jika cinta kepada selain ALLAH, melebihi cinta pada ALLAH, merupakan salah satu penyebab du’aa tidak terijabah.

Bagaimana mungkin ALLAH mengabulkan permintaan seorang hamba yang merintih mengadah tangan kepada ALLAH di malam hari, namun ketika siang muncul, dia pun melakukan maksiat.

Bagaimana mungkin du’aa seorang gadis ingin mendapatkan seorang lelaki sholeh terkabulkan, sedang dirinya sendiri belum sholehah.

Bagaimana mungkin du’aa seorang hamba yang mendambakan rumah tangga sakeenah, sedang dirinya masih diliputi oleh keegoisan sebagai pemimpin rumah tangga.

Bagaimana mungkin seorang ibu mendambakan anak-anak yang sholeh, sementara dirinya disibukkan bekerja di luar rumah sehingga pendidikan anak terabaikan, dan kasih sayang tidak dicurahkan.

Bagaimana mungkin keinginan akan bangsa yang bermartabat dapat terwujud, sedangkan keperibadian diri belum bisa menjadi contoh teladan.

Banyak orang mengaku cinta kepada ALLAH dan ALLAH hendak menguji cintanya itu. Namun sering orang gagal membuktikan cintanya pada sang KHALIQ, kerana disebabkan secuil musibah yang ditimpakan padanya. Yakinlah wahai saudaraku kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman.

Dengan kesusahan, ALLAH hendak memberikan tarbiyah terhadap ruhiyah kita, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak bisa berbuat apa-apa kecuali atas izin-NYA. Saat ini tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang keras untuk memperlihatkan cinta kita kepada ALLAH, agar kita terhindar dari cinta palsu.

Dan ALLAH tidak akan menyia-nyiakan hamba-hamba-NYA yang betul-betul berkorban demi ALLAH semata. Untuk membuktikan cinta kita kepada-NYA, ada beberapa hal yang perlu kita persiapkan yaitu:

1) Iman yang kuat.

2) Ikhlas dalam beramal.

3) Mempersiapkan kebaikan internal dan eksternal. Kebaikan internal iaitu berupaya keras untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunnah. Seperti qiyamulail, shaum sunnah, bacaan Al-qur’an dan haus akan ilmu. Sedangkan kebaikan eksternal adalah buah dari ibadah yang kita lakukan pada ALLAH, dengan keistiqhomahan mengaplikasikannya dalam setiap langkah, dan tarikan nafas disepanjang hidup ini. Dengan demikian Insya-ALLAH kita akan menggapai cinta dan keredhaan-NYA.


Rumah tangga, percintaan mahupun persahabatan, harus meletakkan ALLAH di hadapan dulu. Seterusnya harus menanamkan sifat kesabaran, bertolak-ansur dan senantiasa beristiqhomah dalam melakukan ibadah. (Segala-galanya Lillahi Ta’ala semata.)

Ahad, 22 November 2009

SINAR IMPIAN............

Deru angin pagi dingin menyapa tubuh,
Kicauan beburung mendendangkan lagu kenangan lalu,
lambayan dedaun seolah-olah bak tarian gemalai,
Jauh ku tenung sejarah kisah silam ku yang penuh onak dan ranjau,

Harapan dijulang mengapai cita-cita,
Pasrah pada sejarah hidupku,
Hikmah menanti dihadapan,
Aku tempuhi cabaran kelmarin dan hari ini,

Untuk esok diharapkan menjadi buah,
Buah yang enak untuk menjadi santapan,
Hidangan kepada mereka-mereka yang sangat ku kasihi.

Ku impikan kebahagiaan hakiki,
Sinar itu pasti akan wujud datang dari Allah yang Esa.
Sinar Impianku..

Persoalan...Cinta?????

“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

*~CINTA~*

Teringat aku pada suatu ketika dulu. semasa dia menayakan aku tentang erti cinta. sekuat mana perasaan cinta yang terpatri didalam diriku. aku tidak bisa menjawap kerana aku sendiri tidak pasti seteguh mana cinta aku ketika itu. cinta yang ku rasakan sudah mati dengan kehilangan wajah itu dari depan mataku. rupa-rupanya masih bertapak kukuh wajahnya menjelma di depan mataku. wajah yang membuat aku lupa seketika apa yang sebenarnya yang telah aku ikrakan di dalam diriku ini. ikrar yang aku buat untuk melupakan untuk menidakkan perasaan cinta itu. tapi pada siapa yang sebenarnya aku sedang bohong ketika itu. aku atau dia...?

Aku tidak bisa menolak cinta itu dari lubuk jiwaku..cinta yang amat sangat. tapi kerana cinta itu aku hampir kehilangan insan yang amat aku sayangi. org yang tidak pernah hadir dalam rasa cinta itu tiba-tiba menjadi sebahagian dari cinta itu..cinta aku padanya sehingga tegar membiarkan segala-galanya berbaur menjadi satu dendam yang amat dahsyat...

Darinya aku cuba mencari makna erti kekuatan biarpun kadang-kala aku terasa yang dia juga sedang berusaha mencari dirinya sendiri. kehilangan cinta menjadikan dia semakin kukuh dan tahu apa yang diinginkan. berbanding dengan diriku..kehilangan cinta menjadikan aku semakin lemah. lemah untuk berjuang menegakkan apa yang aku katakan sebagai cinta..

Tak pernah berdetik barang secubit pun perasaan untuk menyayangi dirinya lebih daripada sebagai sahabat dan saudara. untuk lebih dari itu rasanya aku tidak mampu. sayang yang lahir dalam diriku ini hanyalah untuk insan yang aku cintai. walaupun acap kali diri ini di sakiti, mencalarkan rasa cinta yang bersemadi di jiwaku ini tetap rasa cinta dan kasih ini sukar untuk aku lupakan. sukar untuk aku kikis. biarlah..biarlah masa yang menentukan segalanya..

Andai suatu hari ditakdirkan..akan aku mulakan dari bawah. aku akan belajar menyintainya. menyintai dirinya selayak dia di cintai. sampai detik itu, biarlah aku sendiri..memujuk hati yang tercalar dan berdarah dek luka yang ditinggalkan sabar..itulah yang menjadi tunggak hidupku kini...

Nukilan ku...

Tersentak..

Terpana akan kehidupan yg bagaikan roda.terkapai-kapai melawan ombak dilautan.Namun ku kuatkan diri dari hanyut bersama derasnya air yang mengalir.Hanya pasrah dan kejujuran dalam diri kental diiringi imbauan kembali mereka yang telah pergi..

Rindu...

Rindukan kesempurnaan hidup.Pilunya hati dikelilingi suasana berliku. Walaupun tersergam di sisi mahligai istana lengkap segalanya ianya hanyalah pelengkap diri yang tiada makna. Ketidak tenangan hati tetap menghantui..

Menyesalkah?

Kesepian..Kehampaan..Kerinduaan...

Bagaikan teman saban hari. Tiada siapa yang akan mengerti. Suara yang nyaring di iringi pandangan nan menusuk..

Perintah yang tiada bantahan walaupun hati tak lekang dari gomelan..Tiada siapa mendengar hanya dinding dan hiasan warna sama warna dengan hati tidak keruan. Tidak pasti sampai bila namun terlihat seketika senyuman..layanan istimewa dan ketawa kedengaran..serta kebenaran terpaksa..Penyeksaan terlerai..

Sayangkah? Cintakah?

Iannya hanya sementara cuma..yang pasti kepercayaan masih terhalang. Tersangkar kembali di mahligai indah nan hati yang terluka sentiasa tercari2cari apakah sebenarnya yang tersirat apakah itu telah tersurat. Apakah masih ada sinar..Kebahagian..yang pasti tuhan penentu segalanya...

Luahanku.....

MANUSIA..bahagia bila dia mampu membuka mata untuk menyedari bahawa dia memiliki banyak keistimewaan yang bererti. Manusia mampu bahagia bila dia mahu membuka mata hati untuk menyedari betapa dia dicintai. Manusia mampu bahagia bila dia mahu membuka diri agar org lain blh menyintainya dengan tulus.

MANUSIA...tidak bahagia kerana tidak mahu membuka hati berusaha meraih yang tidak dapat diaraih,memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan,tidak mahu menerima dan mensyukuri apa yang ada. Manusia buta kerana egois dan hanya memikirkan diri sendiri. Tidak sedar bahawa dia begitu dicintai,tidak sedar bahawa saat ini yang ada adalah yang terbaik, selalu berusaha meraih lebih dan tidak sedar kerana serakah.

ADA...teman yang begitu mencintai, namun tidak diendahkan kerana memilih menilai dan menghakimi sendiri. Memilih teman dan mencari-cari padahal di depan mata ada teman yang sejati. Telah memiliki segala yang terbaik, namun serakah ingin dirinya yang paling diperhatikan, paling disayangi, selalu menjadi pusat perhatian, selalu dinombor satukan. Padahal semua manusia memiliki peranan hebat dan nombor satu dalam satu hal tapi belum tentu dalam hal lain, dicintai oleh satu org belum tentu oleh org lain..

BAHAGIA..bersumberkan diri dalam diri kita sendiri, jika berharap daripada org lain, maka bersedialah untuk ditinggalkan, bersedialah untuk dikhianati, kita akan bahagia bila kita boleh menerima diri apa ada, mencintai dan menghargai diri sendiri, mahu mencintai org lain dan mahu menerima org lain.

PERCAYALAH...kepada Allah dan bersyukur kepadanya. Bahawa kita selalu diberikan yang terbaik dengan usaha kita. Tidak perlu berkeras hati. Dia akan memberikan kita di saat yang tepat apa yang kita perlukan, meskipun bukan hari ini. Masih ada hari esok. Berusahalah dan bahagialah kerana kita dicintai begitu banyak org....

Arti Sebuah Cinta

Cinta bisa jadi merupakan kata yang paling banyak dibicarakan manusia. Setiap orang memiliki rasa cinta yang bisa diaplikasikan pada banyak hal. Wanita, harta, anak, kendaraan, rumah dan berbagai kenikmatan dunia lainnya merupakan sasaran utama cinta dari kebanyakan manusia. Cinta yang paling tinggi dan mulia adalah cinta seorang hamba kepada Rabb-nya.

Kita sering mendengar kata yang terdiri dari lima huruf: CINTA. Setiap orang bahkan telah merasakannya, namun sulit untuk mendefinisikannya. Terlebih untuk mengetahui hakikatnya. Berdasarkan hal itu, seseorang dengan gampang bisa keluar dari jeratan hukum syariat ketika bendera cinta diangkat. Seorang pezina dengan gampang tanpa diiringi rasa malu mengatakan, “Kami sama-sama cinta, suka sama suka.” Karena alasan cinta, seorang bapak membiarkan anak-anaknya bergelimang dalam dosa. Dengan alasan cinta pula, seorang suami melepas istrinya hidup bebas tanpa ada ikatan dan tanpa rasa cemburu sedikitpun.
Demikianlah bila kebodohan telah melanda kehidupan dan kebenaran tidak lagi menjadi tolok ukur. Dalam keadaan seperti ini, setan tampil mengibarkan benderanya dan menabuh genderang penyesatan dengan mengangkat cinta sebagai landasan bagi pembolehan berfirman: Allah terhadap segala yang dilarang Allah dan Rasul-Nya Muhammad
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.” (Ali ‘Imran: 14)
mengatakan:dalam haditsnya dari shahabat Tsauban Rasulullah ‘Hampir-hampir orang-orang kafir mengerumuni kalian sebagaimana berkerumunnya di atas sebuah tempayan.’ Seseorang berkata: ‘Wahai Rasulullah, apakah jumlah kita berkata: ‘Bahkan kalian saat itu banyak saat itu sangat sedikit?’ Rasulullah akan tetapi kalian bagaikan buih di atas air. Dan Allah benar-benar akan mencabut rasa ketakutan dari hati musuh kalian dan benar-benar Allah akan campakkan ke dalam hati kalian (penyakit) al-wahn.’ Seseorang bertanya: ‘Apakah menjawab: ‘Cinta yang dimaksud dengan al-wahn wahai Rasulullah?’ Rasulullah dunia dan takut mati.’ (HR. Abu Dawud no. 4297, dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud no. 3610)
Asy-Syaikh ‘Abdurrahman As-Sa’di dalam tafsirnya mengatakan: “Allah memberitakan dalam dua ayat ini (Ali ‘Imran: 13-14) tentang keadaan manusia kaitannya dengan masalah lebih mencintai kehidupan dunia daripada akhirat, dan Allah menjelaskan perbedaan yang besar memberitakan bahwa hal-hal tersebut antara dua negeri tersebut. Allah (syahwat, wanita, anak-anak, dsb) dihiaskan kepada manusia sehingga membelalakkan pandangan mereka dan menancapkannya di dalam hati-hati mereka, semuanya berakhir kepada segala bentuk kelezatan jiwa. Sebagian besar condong kepada perhiasan dunia tersebut dan menjadikannya sebagai tujuan terbesar dari cita-cita, cinta dan ilmu mereka. Padahal semua itu adalah perhiasan yang sedikit dan akan hilang dalam waktu yang sangat cepat.”

Definisi Cinta

Untuk mendefinisikan cinta sangatlah sulit, karena tidak bisa dijangkau dengan kalimat dan sulit diraba dengan kata-kata. Ibnul Qayyim mengatakan: “Cinta tidak bisa didefinisikan dengan jelas, bahkan bila didefinisikan tidak menghasilkan (sesuatu) melainkan menambah kabur dan tidak jelas, (berarti) definisinya adalah adanya cinta itu sendiri.” (Madarijus Salikin, 3/9)

Hakikat Cinta

Cinta adalah sebuah amalan hati yang akan terwujud dalam (amalan) lahiriah. Apabila cinta tersebut sesuai dengan apa yang diridhai Allah, maka ia akan menjadi ibadah. Dan sebaliknya, jika tidak sesuai dengan ridha-Nya maka akan menjadi perbuatan maksiat. Berarti jelas bahwa cinta adalah ibadah hati yang bila keliru menempatkannya akan menjatuhkan kita ke dalam sesuatu yang dimurkai Allah yaitu kesyirikan.

Cinta kepada Allah

Cinta yang dibangun karena Allah akan menghasilkan kebaikan yang sangat banyak dan berharga. Ibnul Qayyim dalam Madarijus Salikin (3/22) berkata: ”Sebagian salaf mengatakan bahwa suatu kaum telah mengaku cinta kepada Allah lalu Allah menurunkan ayat ujian kepada mereka:

“Katakanlah: jika kalian cinta kepada Allah maka ikutilah aku, niscaya Allah akan mencintai kalian.” (Ali ‘Imran: 31)
Mereka (sebagian salaf) berkata: “(firman Allah) ‘Niscaya Allah akan mencintai kalian’, ini adalah isyarat tentang bukti kecintaan tersebut dan buah serta faidahnya. Bukti dan tanda (cinta kepada Allah) adalah mengikuti , faidah dan buahnya adalah kecintaan Allah kepada kalian. Jika Rasulullah maka kecintaan Allah kepada kalian tidak kalian tidak mengikuti Rasulullah akan terwujud dan akan hilang.”
Bila demikian keadaannya, maka mendasarkan cinta kepada orang lain karena-Nya tentu akan mendapatkan kemuliaan dan nilai di bersabda dalam hadits yang diriwayatkan dari Anas sisi Allah. Rasulullah : Malik
“Tiga hal yang barangsiapa ketiganya ada pada dirinya, niscaya dia akan mendapatkan manisnya iman. Hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada selain keduanya, dan hendaklah dia mencintai seseorang dan tidaklah dia mencintainya melainkan karena Allah, dan hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan dia dari kekufuran itu sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke dalam neraka.” (HR. Al-Bukhari no. 16 dan Muslim no. 43)
Ibnul Qayyim mengatakan bahwa di antara sebab-sebab adanya cinta (kepada Allah) ada sepuluh perkara:
Pertama, membaca Al Qur’an, menggali, dan memahami makna-maknanya serta apa yang dimaukannya.
Kedua, mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan sunnah setelah amalan wajib.
Ketiga, terus-menerus berdzikir dalam setiap keadaan.
Keempat, mengutamakan kecintaan Allah di atas kecintaanmu ketika bergejolaknya nafsu.
Kelima, hati yang selalu menggali nama-nama dan sifat-sifat Allah, menyaksikan dan mengetahuinya.
Keenam, menyaksikan kebaikan-kebaikan Allah dan segala nikmat-Nya.
Ketujuh, tunduknya hati di hadapan Allah
Kedelapan, berkhalwat (menyendiri dalam bermunajat) bersama-Nya ketika Allah turun (ke langit dunia).
Kesembilan, duduk bersama orang-orang yang memiliki sifat cinta dan jujur.
Kesepuluh, menjauhkan segala sebab-sebab yang akan . (Madarijus Salikin, 3/18, dengan menghalangi hati dari Allah ringkas)

Cinta adalah Ibadah

Sebagaimana telah lewat, cinta merupakan salah satu dari ibadah hati yang memiliki kedudukan tinggi dalam agama berfirman:sebagaimana ibadah-ibadah yang lain. Allah

“Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu.” (Al-Hujurat: 7)

“Dan orang-orang yang beriman lebih cinta kepada Allah.” (Al-Baqarah: 165)

“Maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya.” (Al-Maidah: 54)
adalah hadits Anas yang telahAdapun dalil dari hadits Rasulullah disebut di atas yang dikeluarkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dan Al-Imam Muslim: “Hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya.”

Macam-macam cinta

Di antara para ulama ada yang membagi cinta menjadi dua bagian dan ada yang membaginya menjadi empat. Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdulwahhab Al-Yamani dalam kitab Al-Qaulul Mufid fi Adillatit Tauhid (hal. 114) menyatakan bahwa cinta ada empat macam:
Pertama, cinta ibadah.
Yaitu mencintai Allah dan apa-apa yang dicintai-Nya, dengan dalil ayat dan hadits di atas.
Kedua, cinta syirik.
Yaitu mencintai Allah dan berfirman:juga selain-Nya. Allah
“Dan di antara manusia ada yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan-tandingan (bagi Allah), mereka mencintai tandingan-tandingan tersebut seperti cinta mereka kepada Allah.” (Al-Baqarah: 165)

Ketiga, cinta maksiat.
Yaitu cinta yang akan menyebabkan seseorang melaksanakan apa yang diharamkan Allah dan meninggalkan berfirman:apa-apa yang diperintahkan-Nya. Allah
“Dan kalian mencintai harta benda dengan kecintaan yang sangat.” (Al-Fajr: 20)

Keempat, cinta tabiat.
Seperti cinta kepada anak, keluarga, diri, harta dan perkara lain yang dibolehkan. Namun tetap cinta ini sebatas cinta tabiat. Allah berfirman:
“Ketika mereka (saudara-saudara Yusuf ‘alaihis salam) berkata: ‘Yusuf dan adiknya lebih dicintai oleh bapak kita daripada kita.” (Yusuf: 8)
Jika cinta tabiat ini menyebabkan kita tersibukkan dan lalai dari ketaatan kepada Allah sehingga meninggalkan kewajiban-kewajiban, maka berubahlah menjadi cinta maksiat. Bila cinta tabiat ini menyebabkan kita lebih cinta kepada benda-benda tersebut sehingga sama seperti cinta kita kepada Allah atau bahkan lebih, maka cinta tabiat ini berubah menjadi cinta syirik.

Buah cinta
mengatakan: “Ketahuilah bahwa yang Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menggerakkan hati menuju Allah ada tiga perkara: cinta, takut, dan harapan. Dan yang paling kuat adalah cinta, dan cinta itu sendiri merupakan tujuan karena akan didapatkan di dunia dan di akhirat.” (Majmu’ Fatawa, 1/95)
Asy-Syaikh menyatakan: “Dasar tauhid dan ruhnya adalah keikhlasan ‘Abdurrahman As-Sa’di dalam mewujudkan cinta kepada Allah. Cinta merupakan landasan penyembahan dan peribadatan kepada-Nya, bahkan cinta itu merupakan hakikat ibadah. Tidak akan sempurna tauhid kecuali bila kecintaan seorang hamba kepada Rabbnya juga sempurna.” (Al-Qaulus Sadid, hal. 110)
Bila kita ditanya bagaimana hukumnya cinta kepada selain Allah? Maka kita tidak boleh mengatakan haram dengan spontan atau mengatakan boleh secara global, akan tetapi jawabannya perlu dirinci.
Pertama, bila dia mencintai selain Allah lebih besar atau sama dengan cintanya kepada Allah maka ini adalah cinta syirik, hukumnya jelas haram.
Kedua, bila dengan cinta kepada selain Allah menyebabkan kita terjatuh dalam maksiat maka cinta ini adalah cinta maksiat, hukumnya haram.
Ketiga, bila merupakan cinta tabiat maka yang seperti ini diperbolehkan.
Wallahu a’lam.

Sabtu, 21 November 2009

Cinta Itu Anugerah....

Andaikata dunia hendak meraih cinta,ia tidak akan mampu dan andai kata ia akan menolaknya ia juga tidak akan berkuasa,kerana cinta itu adalah satu anugerah..! bukan satu hasil usaha,Cinta berasal dari Tuhan...Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu,tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi juga,jangan terlalu sedih........terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu! Cinta itu seperti sinar matahari,memberi tanpa mengharap kembali.Cinta itu seperti sinar matahari tidak memilih sesiapa yang disinari.Cinta itu seperti sinar matahari yang memberikan kehangatan di hati....Cinta adalah sebuah janji,cinta adalah sebuah cenderahati,sekali diberi tidak akan dilupakan dan jangan di biarkan ia hilang.....Jika ia sebuah cinta , ia tidak hadir dengan permintaan...namun ia hadir kerana ketentuannya....jika ia sebuah cinta,ia tidak akan hadir dengan kemewahan dan kebendaan...namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa.Ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin akan berakhir dengan perit sekali....Cinta tak semestinya membawa kebahagiaan dan keindahan.Cinta juga adalah pembunuh dan boleh membawa pada kekecewaan yang panjang.Oleh itu berhati-hatilah dalam menyambut dan menerima huluran cinta daripada seseorang.Cinta itu tidak semestinya diucapkan dengan kata-kata manis,sekiranya kita tidak tahu menghargai atau memahaminya.Apalah erti cinta jika kesetiaan yang wujud bukan dari hati yang ikhlas dan suci.......Cinta itu satu siksaaan jika tiada kepastian...jiwa pasti gelisah dalam menantikan sebuah kepastian....gelisah memikirkan sama ada cinta yang yang dihulurkan berbalas atau bertepuk sebelah tangan.Apa juga keputusan yang bakal diterima,tabah lah selalu kerana tidak semua impian dan kehendak kita akan menjadi kenyataan dan milik kita yang abadi !

Cinta tak semestinya di akhiri dengan perkahwinan.Perkahwinan tanpa cinta tak semestinya gagal.Keyakinan,kejujuran dan keredhaan allah adalah segala-galanya.Untuk bercinta kita harus berani,jangan takut pada kegagalan tapi takutlah pada kemungkaran.

Bersedialah menghadapi sebuah kegagalan sebelum kegagalan itu menghancurkan hidup kita.Ingat disetiap waktu ada orang yang lebih menyayangi diri kita,kita tak akan kehilangan nya sekiranya kita terus menyayangi dirinya dengan sepenuh hati kita.!!

Cinta wanita itu ibarat seperti layang-layang ,bila dikejar ia lari bila di tunggu ia menanti.Manakala cinta lelaki itu ibarat seperti cermin walaupun ia tidak berbohong tetapi sukar di fahami.Sedangkan cinta itu sendiri adalah seperti sang rembulan yang menerangi kegelapan malam yang setia tetapi sampai hati membiarkan pungguk merindunya.Andai kita menyintai,jangan dipuji cinta itu seperti bunga kerana bunga akan layu bila akhir musimnya.Biarlah cinta itu seperti sungai yang mengalir kerana ianya akan mengalir buat selamanya....Cinta itu ibarat dua hati yang disatukan,apabila dua hati itu dijarak kan maka jiwa akan mengalami ketegangan...semakin jauh dua hati ini direnggangkan semakin kuatlah dua hati itu ingin bertemu...Cinta yang dimulai dengan senyuman ,tumbuh dengan dakapan dan sering kali berakhir dengan air mata.Cinta itu adalah sesuatu yang SEDAP jika dilihat,tetapi basi jika di biarkan.Cinta itu BUKAN sesuatu yang indah jika berakhir dengan perpisahan.Cinta itu PENYAKIT

iaitu membuat jantung gementar. Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkan jatuh cinta,sementara kamu tidak berniat untuk menangkapnya.Jangan pernah membicarakan perasaan yang tidak pernah ada.Jangan pernah menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan mengahancurkan hatinya...

Jangan pernah menatap matanya kalau semua yang kamu lakukan hanya "BERBOHONG"

Ada cinta yang agung antara hamba dan tuhan nya.Cinta kudus antara bonda dan anak nya.Ada cinta rafik yang setia.Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara.Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingannya.Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta di katakan hampir tidak memilih usia.Cinta juga tidak mengira rona bangsa.Tidak kenal miskin atau kaya dalam cacatan kamus cinta.Jesteru cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setiap jiwa!!!

Saat bertemu dengan orang yang benar-benar engkau kasihi



“Saat bertemu dengan orang yang benar-benar engkau kasihi, haruslah berusaha memperoleh kesempatan untuk bersamanya seumur hidupmu. Karena ketika dia telah pergi, segalanya telah terlambat.

Saat bertemu teman yang dapat dipercaya, rukunlah bersamanya. Karena seumur hidup manusia, teman sejati tak mudah ditemukan.

Saat bertemu penolongmu, ingat untuk bersyukur padanya. Karena ialah yang mengubah hidupmu.

Saat bertemu orang yang pernah kau cintai, ingatlah dengan tersenyum untuk berterima-kasih . Karena ia lah orang yang membuatmu lebih mengerti tentang kasih.

Saat bertemu orang yang pernah kau benci, sapalah dengan tersenyum. Karena ia membuatmu semakin teguh/kuat.

Saat bertemu orang yang pernah mengkhianatimu, baik-baiklah berbincanglah dengannya. Karena jika bukan karena dia, hari ini engkau tak memahami dunia ini.

Saat bertemu orang yang pernah diam-diam kau cintai, berkatilah dia. Karena saat kau mencintainya, bukankah berharap ia bahagia?

Saat bertemu orang yang tergesa-gesa meninggalkanmu, berterima-kasihlah bahwa ia pernah ada dalam hidupmu. Karena ia adalah bagian dari nostalgiamu.”

Menyintai



Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri peribadi.

Apalah yang ada pada keindahan, kemewahan dan segala kemudahan... Jika ternyata semua tidak sehebat mana, malah ada yang mengatasinya... Apalah artinya kekesalan apabila kita tidak lagi berupaya menebus segala kesilapan dan kesalahan...


Menyintai atau ingin dicintai oleh manusia bukanlah kemuncak cinta atau cinta agung, kerana cinta sesama manusia tidak kekal. Paling lama sekadar tempoh masa kita masih hidup. Bahkan sering berlaku dalam sebahagian perjalanan usia kita lagi, iaitu sebelum kita mati, cinta itu telah pudar atau terungkai sama sekali. Cinta yang diagung-agungkan dan dipuja-puja itu hancur berkecai.

Di sini barulah kita sedar bahawa cinta kepada makhluk atau cinta daripada makhluk bukanlah cinta yang hakiki atau sejati. Itu hanya cinta sementara waktu. Kita sahaja yang menyangka cinta itu sejati dan sampai ke hujung. Rupa-rupanya dalam perjalanan umur, cinta kita kepada orang lain atau cinta orang lain kepada kita, dengan sendirinya dia ataupun kita sendiri yang mengungkainya semula atas sebab-sebab yang bermacam-macam.

Oleh kerana itulah, mencintai makhluk selalu mengecewakan kita sekalipun bukan satu kesalahan. Jadi jangan meminta, menagih atau mengharapkan sangat untuk mencintai manusia atau dicintai oleh manusia walaupun ia tidak salah. Cinta itu tidak abadi.

Sebaliknya berilah dan terimalah cinta yang kekal abadi. Itulah cinta agung namanya.

Tak Usah






Tak usah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah.

Tak usah bercakap tentang perasaan jika tidak berada di hati anda.

Tak usah menunjukan ke dada jika anda berhasrat melukakan hatinya...

Tak usahlah sebut cinta abadi jika ada dihati anda untuk berpisah...

Tak usahlah memandang matanya jika anda berbohong kepadanya...

Tak usahlah sebut Hello,Sayang,Rindu jika kelak anda menggucapkan selamat tinggal padanya.

Tak usahlah kata dia satu-satunya jika ada orang lain disisi anda....

Tak usahlah kunci hatinya jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak !!!!!

CINTA.....

Cinta Bukan Mengajar Kita Lemah..Tetapi Membangkitkan Kekuatan...Cinta Bukan Mengajar Kita Menghina Diri..Tetapi Menghembuskan Kegagahan..... Cinta Bukan Melemahkan Semangat...Tetapi Membakar & Menguatkan Semangat..........

Dari Seraut Wajah Mencerminkan Sebuah

Kesetiaan...Dari Seukir Senyuman Mencerminkan Kejujuran..Dari Sekeping Hati Mencerminkan Keikhlasan...Dan Dari Sebuah Angan-Angan Tercapainya Sebuah Impian......

Kebekuan Airmata Kerana Kerasnya Hati.....Kerasnya Hati Kerana Banyaknya Dosa....Banyaknya Dosa Kerana Lupanya Mati....Lupakan Mati Kerana Banyaknya Angan-Angan....Banyaknya Angan-Angan Kerana Terlalu Cintakan Dunia....Dan Cintakan Dunia Itulah Sumber Segala Dosa.....!

Pastikanlah Dulu Sesuatu Yang Engkau Ragui....Pastikanlah Ia Dari Iman Dalam Hati Dan Bukan Dari Nafsu Yang Terburu-Buru......Dan Bukan Juga Dari Satu Matlamat Yang Tiada Hala Tuju....Jadikanlah Pengalaman Dulu Satu Pengajaran Dalam Kehidupan....

Jangan Sesekali Mempermainkan Perasaan Insan......

Kerana Hati Yang Terluka Terlalu Sukar Untuk Disembuhkan.....

Kenangan Itu Adakala Teramat Pahit Untuk Diredah....

Tetapi Ia Terlalu Manis Untuk Di kenang....Hidup Tak Selalunya Indah....Tetapi Yang Indah Itu Tetap Hidup Dalam Kenangan...Andainya Hadir Cinta Sekadar Untuk Mengecewakan......Lebih Baik Cinta Itu Tidak Pernah Hadir....Kecewa Bercinta Bukan Bermakna Dunia Sudah Berakhir...Masa Depan Yang Cerah Berdasarkan Pada Masa Lalu Yang Telah Dilupakan.....Hidup Ini Indah Jika

Kita Tahu Menghargainya.....Tetapi Ia Amat Menyakitkan Jika Kita Melalui Sambil Lewa.......

Jika Insan Diasuh Dengan Insani....Dia Belajar Erti Hargai....Jika Insan Diasuh Dengan Bertimbang Rasa .....

Dia Belajar Erti Bersabar........

Sabtu, 7 November 2009

MY DESTINY



What if I never knew
What if I never found you
I'd never had this feeling
In my heart

How did this come to be
I don't know how you found me
But from the moment I saw you
Deep inside my heart
I knew

Baby, you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as far as I can see
You were always meant to be
My destiny

I wanted someone like you
Someone that I could hold onto
And give my love
Until the end of time

But forever was just a word
Something I'd only heard about
But now you're always there for me
When you say forever
I'll believe

Baby, you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as far as I can see
You were always meant to be
My destiny

Maybe all we need
Is just a little faith.
Cause baby, i believe
That love will find a way.
hey..

Oh baby, you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as far as I can see
From now till eternity
You were always meant to be
My destiny

--oOo--

With Love
Persahabatan Yg Sejati Akan Membawa Kpd Kerinduan Yg Abadi, Org Yg Rugi Ialah Org yG Tidak Memperolehi Sahabat & Yg Paling Rugi Ialah Dtinggalkan Sahabat. Sesungguhnya Persahabatan Itu Lebih Unggul Drpd Percintaan, Tanpa Persahabatan Percintaan Akan Berakhir, Tetapi Tanpa Percintaan Sahabat Blh Kekal.


Oleh Itu Hargailah Persahabatan Yg Terjalin, Kerana Sahabat Mewakili Sesuatu Kekuatan. Sahabat Yg Paling Baik Adalah "DIRI" Kita Sendiri Yg Tahu Menilai Setiap Apa Yg Kita Lakukan. Hadiah Yg Paling Berharga Dlm Erti Kata Sahabat Yg Sebenar.


Bergaullah Dngn Manusia Sebaiknya Sehingga Kalau Kamu Mati Mereka Tanggisi Dan Kalau Hidup Mereka Selalu Merindu.......


Yg Indah Itu Pertemuan..... Yg Manis Itu Kemesraan..... Yg Pahit Itu Perpisahan.... Yg Tinggal Hanya Kenangan.....