Jumaat, 3 Disember 2010

Ya Allah Ya Tuhanku...




Ya Allah Ya Tuhanku,
Setiap hari Kau tetap dalam keagungan yang sentiasa baru, menukar, meminda, meninggi dan merendahkan darjat manusia, makhlukMu. Sesungguhnya, aku terima dengan penuh rela akan kehendakMu terhadap diriku, hambaMu yang hina lagi tidak berdaya ini.

Wahai Tuhanku,
Sebagai hamba yang sentiasa berada di dalam kekuasaanMu, janganlah Kau butakan aku setelah Engkau berikan aku pandangan, janganlah Engkau berjauhan setelah Engkau berada dekat denganku, janganlah Engkau sesatkan aku setelah Engkau berikan aku petunjuk, dan janganlah Engkau kufurkan aku setelah Engkau berikan keimanan kepadaku.

Wahai Tuhanku,
Oleh kerana zat Engkau terlalu suci dan agung, sesungguhnya aku berasa amat malu untuk bermohon terlalu banyak daripadaMu lantaran nafsu serakahku pada masa-masa lalu. Walaupun aku telah dilahirkan suci, dengan kerakusanku sendiri sedikit demi sedikit diri ini telah tercemar dan dikotori dengan pelbagai kemungkaran. Maka dengan sendirinya aku jadi semakin tersisih dan terpisah jauh daripada perlindungan dan hidayahMu, ya Tuhanku.

Sesungguhnya wahai Tuhanku, aku ini termasuk dalam golongan mereka yang suka menganiaya dan sering berlaku zalim terhadap diri sendiri. Maka dengan limpah kurnia dan kasihan belasMu sekiranya tidak Engkau ampunkan dosa-dosaku, pastilah aku akan termasuk ke dalam golongan mereka yang rugi.

Wahai Tuhanku,
Aku percaya bahawa ihsanMu mendahului kemurkaanMu terhadapku. Walaupun sepenuh bumi ini dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan, hatta biarpun sebanyak buih di luas samudera kemungkaran yang kupikul dibahuku, pada ihsanMu jua yang aku berpaut, pada ihsanMu jua yang kupanjatkan, maka ampunkanlah dosa-dosaku yang telah sekian lama aku kumpulkan dan lakukan. Aku begitu rindukan pancaran nurMu, Wahai Tuhanku. Terimalah aku kembali di pangkuan rahmatMu dan dengan itu ampunkanlah dosa-dosaku itu.

Wahai Tuhanku yang Maha Pengasih,
Berilah kiranya aku hidayah dan petunjukMu. Aku datang kepadaMu biarpun dosaku telah sepenuh bumi ini aku lakukan. Aku hadapkan mukaku ini demi kepatuhanku terhadap kebesaran dan keagunganMu.

Sekiranya hidup itu adalah yang terbaik untukku, maka Engkau tunjukkanlah jalannya walaupun begini keadaannya sekarang. Sekiranya ia tidak baik untukku, maka Engkau tunjukkanlah juga jalannya kerana sesungguhnya aku ini hambaMu yang benar-benar lemah lagi tidak berdaya. Sedangkan Engkau Maha Agung dan Maha Pencipta.

Sebagai hambaMu yang dhaif ini, aku sedar siapalah diriku. Hanya dengan petunjuk dan hidayahMu sahaja yang akan membuat aku tidak akan tergoda pada sebarang keindahan dan segala yang pura-pura di dunia ini. Aku sedar semuanya cuma bersifat sementara dan akan musnah kemudiannya, selain zatMu sahaja.

Sekiranya aku berpangkat dan berkedudukan , aku tahu dengan kehendakMu jua ia boleh dilucutkan. Sekiranya aku ini berharta , bila-bila masa sahaja Engkau boleh merampasnya semula. Kalaupun aku ini hebat dan kuat, Engkau juga boleh sakitkan aku secara tiba-tiba. Malah sekiranya aku ini sempurna di mata manusia, dengan kuasaMu jua aku boleh Kau cacatkan dengan begitu mudah. Seandainya aku ini kaya-raya, Engkau akan memberi lagi sebanyak-banyaknya untuk terus melekakan aku sehingga terlali, lalu kemudian Engkau matikan. Maka terpaksalah nanti aku menjawab di atas segala ujian dan kurniaan itu.

Sesungguhnya, wahai Tuhan, dengarilah rayuanku ini. Aku tahu akan kelemahanku dan memang tidak tahan dengan ujianMu. Jadi, berilah aku kesederhanaan, supaya aku tak mudah leka, agar aku mudah untuk mendongak ke langit buat merenung cahaya bintang yang bertaburan dan mudah pula buat aku untuk menatap rumput yng melata di atas bumi ini. Sesungguhnya, aku tetap redha di atas setiap pemberian dan ketentuanMu terhadap diriku sebagai hamba yang dhaif lagi tidak bermaya ini…

Khamis, 25 November 2010

BELAJAR DARI LIMA JARI TANGAN

"Sesungguhnya dalam penciptan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat ALLAH sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Rabbana, tidaklah Engkau Menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka""

Pelajaran ini ALLAH Berikan melalui salah seorang ustadz dalam suatu daerah….

Coba lihat kedua tangan kita. Bersyukurlah ketika kita masih memilikinya. Coba lihat kelima jari di masing-masing tangan kita. Bersyukurlah ketika kita masih memilikinya.

Tahukah sahabat, ternyata kelima jari itu mengandung banyak hikmah yang bisa menjadi suatu pelajaran yang sangat berharga.

Jempol atau ibu jari, mewakili POTENSI. Biasanya kita mengacungkan jempol sebagai tanda untuk menilai suatu kelebihan, kebaikan, kecakapan, atau hal lain yang dianggap pantas ‘diacungi jempol’. Ibu jari ini mengingatkan kita betapa pentingnya mengembangkan potensi di dalam diri kita. Teruslah memperbaiki dan mengembangkan diri sehingga kita memiliki potensi yang bermanfaat bagi umat dan pantas ‘diacungi jempol’.

Jari telunjuk, mewakili ARAH. Biasanya kita menggunakan telunjuk untuk menunjukkan suatu arah. Begitupun dalam hidup kita, telunjuk mengingatkan kita untuk selalu memiliki arah, visi, tujuan yang ingin kita capai. Tentukan tujuan hidup kita. Visualisasikan mimpi yang ingin kita gapai dengan jelas. Fokuslah pada arah atau tujuan hidup kita.

Jari tengah, mewakili KESEIMBANGAN. Jari tengah ini merupakan jari yang berada di tengah dan memiliki tugas untuk menyeimbangkan kedua jari yang berada di sebelah kanan dan kirinya. Jari tengah mengingatkan kita untuk selalu menjaga keseimbangan dalam hidup. Keseimbangan antara jasad, akal, dan ruh. Keseimbangan antara makanan, minuman, dan udara. Keseimbangan antara tugas kita sebagai abid dan sebagai khalifah. Keseimbangan antara belajar dan beramal. Keseimbangan antara takut dan harap. Keseimbangan antara dunia dan akhirat.

Jari manis, mewakili RELASI. Entah darimana asalnya mengapa jari ini disebut jari manis. Mungkin karena jari ini menjadi salah satu bagian tubuh yang digunakan untuk memasangkan simbol sebuah relasi, seperti pernikahan. Jari manis mengingatkan kita untuk selalu menjaga silaturahim dengan orang-orang di sekitar kita. Perbanyaklah silaturahim, jagalah silaturahim, sambunglah kembali silaturahim.

Jari kelingking, mewakili KEHATI-HATIAN. Mungkin karena jari ini berukuran paling kecil di antara keempat jari lain, maka jari ini terkadang sering diabaikan. Padahal tidak ada hal sekecil apapun yang sia-sia. Jari kelingking mengingatkan kita untuk selalu berhati-hati terhadap sesuatu yang kita anggap remeh. Bisa jadi hal yang kecil menjadi suatu masalah yang besar bila kita kurang hati-hati dalam bersikap. Bukankah taqwa itu seperti berjalan di atas jalan berduri. Berhati-hatilah dalam melangkah…

Subhanallah banyak sinergitas yang bisa kita dapat ketika kelima jari ini kita gabungkan. Coba gabungkan kelima jari kita. Kepalkan di udara lalu berteriaklah, SEMANGAT !!!

Ya RABB, sungguh Engkau tidak Menciptakan ini dengan sia-sia…

HIKMAH DI SEBALIK 7 AYAT DALAM AL FATEHAH

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan 'mim' dan ada ayat yang akhirnya dengan 'nun'. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:

1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu

Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan

Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.

Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:

a. Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.b. Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.c. Kedua-dua lututd. Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, "Hidupku dan matiku adalah untuk Allah." Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.

3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga

Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumiDi langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.

Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.

Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.

Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, 'Diamlah kamu (untuk mendengarkannya) .' Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan." (Al Ahqaf: 29)

Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat.Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:i. Nafsu ammarahii. Nafsu lawwamahiii. Nafsu mulhamahiv. Nafsu mutmainnahv. Nafsu radhiahvi. Nafsu mardhiahvii. Nafsu kamilah

Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.

Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.

Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh wujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al Fatehah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.

Jadi di sini kita sudah nampak kebesaran Fatehah padahal baru memperkatakan kulit atau muqaddimahnya sahaja. Baru di pintu Fatehah, belum masuk ke dalam tetapi sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan Al Fatehah itu 'Surah Yang Dapat Kemenangan' daripada menamakan ia 'Surah Pembukaan'.

Kalau ulama masyhurkan Al Fatehah itu sebagai Surah Pembukaan kerana ia diletak di depan Al Quran, itu tidak salah tetapi bagi saya elok dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain. Tuhan sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim fi'il - 'yang telah mendapat kemenangan'. Lebih baik makna ini kita masyhurkan kerana Surah Fatehah itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan atau tidak sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Agar dengan itu hidup ini dipandang berat dan tidak disia-siakan. Jangan dianggap semuanya kebetulan. Ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.

Rintihan haTi kecilku ini..




Ya Allah..

Tuhanku yang Maha Agung Maha Penyayang, Maha tahu, Maha Pengampun...

Tuhanku yang satu..

hanya Engkau yang kudambakan dalam hati ini…

tiada yang lain selain Engkau Ya Allah...



Ya Allah…

Aku sering khilaf dalam menelusuri hari..

ampunkanlah dosa-dosaku…

samada yang aku sedari mahupun yang tidak kusedari,

Engkaulah sebaik-baik pengampun ya Allah...

Ampunkanlah daku..



Ya Allah..

Engkau Maha Tahu segala..

Yang kusembunyikan mahupun yang aku zahirkan…

hanya Engkau yang selayaknya aku meletakkan pengharapanku, bukan pada insan...

ya Allah aku datang padaMu..

merintih mengadu hanya padaMu...

dengarilah rintihanku ini ya Allah...



Ya Allah…

Peritnya dirasakan saat tiada siapa di sisi yang dapat membantu..

tapi aku yakin hanya padaMu, Engkaulah Tuhanku..

kuatkanlah hatiku dengan syiar ini,

“Cukuplah hanya Engkau bg kami dan Engkau adalah sebaik-baik penolong dan pelindung”



Ya Allah..

aku merintih merayu padaMu...

dengarilah rintihan hatiku..

aku lemah ya Allah, maka kuatkanlah aku dalam redhaMu...

aku hina ya Allah, muliakanlah aku di sisiMu..

aku miskin ya Allah, kayakanlah aku dalam redhaMu...



Ya Allah ya Tuhanku..

Yang Maha kaseh pada hamba-hambaMu...

berikanlah daku ketenangan abadi..

ketenangan yang hanya bersamaMu..

aku telah memilih langkah untuk bersamaMu selamanya,

sehingga diriku bertemu dgn Mu..

kuatkanlah teguhkanlah langkahku ini, agar aku tetap istiqamah dalam ketaatanku melaluinya...



Ya Allah hanya keredhaanMu yang kudambakan...

hanya cintaMu yang aku idamkan dalam hati ku…

Penuhilah hatiku ini dengan CINTA dan RINDU hanya untukMu dan RasulMu..

ya Allah yang Maha memperkenankan..

Perkenankanlah doaku ini...



Cukuplah hanya Engkau bagiku..

dan Engkaulah sebaik-baik pelindung dan penolong bagiku...

Amin3 ya Rabbal alamin...

Doa cinta



Bingkisan Doa.

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Zikir dan Doa Mententeramkan Jiwa



Salam sejahtera beserta limpah rahmat Ilahi
Diiringi kasih sayang kerana Allah
Khusus buat sahabat sejati!



Segala puji dan puja kita tujukan hanya untuk Allah, Rabb dan Ilah yang berhak dan wajib disembah. Di dalam kekuasaanNya terletak segala daya dan upaya.Tidak ada kekuatan selain dari kekuatanNya. Hanya kepadaNya kita memohon dan bergantung harap. Hanya dengan keizinan dan perkenanNya jua kita masih dipertemukan dalam siri tazkirah(peringatan) yang diharapkan menjadi bekalan sepanjang hayat. Di kesempatan kali ini, mari sama-sama kita meneliti bekalan seterusnya;

Zikir dan Doa Mententeramkan Jiwa

Betapa pun sibuknya aktiviti kehidupan kita setiap hari, jauh di sudut hati kita perlukan saat-saat bersendiri yang tenang. Namun, awas! Usah dibiarkan hati kita kosong dan mengelamun dengan sia-sia. Keadaan sedemikian memberikan ruang untuk syaitan menyelinap memasuki ruang hati membisik dan memperdayakan kita. Sewajarnya kalian sentiasa meletakkan hati dalam keadaan peka terhadap ayat-ayat Allah;

“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama Allah), zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang”. (QS Al-Ahzab: 41-42)

Mengapakah kita perlu berzikir? Ketahuilah antara faedah berzikir :

1. Diri rasa hampir dengan Allah dan jiwa rasa tenteram,
2. Merasa selamat kerana Allah sentiasa bersama hambaNya yang ingat padaNya,
3. Dengan menyebut salah satu nama dan sifat Allah yang Maha Mulia, meninggalkan
kesan istimewa dalam jiwa dan mendorong kita berusaha menghiasi diri dengan
sifat-sifat yang menepati asma’ Allah,
4. Apabila berzikir, syaitan lari jauh bersama was-was dan prasangka yang
dibawanya,
5. Dengan berzikir kita sentiasa dilimpahi rahmat dan sakinah (ketenangan)

Sekiranya kita terlalai dari berzikir, syaitan akan mendorong kita melakukan maksiat serta berbagaikan kejahatan lain. Sedangkan selagimana kita berzikir, kita dikelilingi malaikat juga di dalam lindungan Allah. Pada hakikatnya, zikir yang kita praktikan tidak sekadar ungkapan di lidah saja, malahan yang utama zikir itu berpusat di hati. Kemudian akan terungkap pada lisan. Seterusnya mengalir pada anggota pancaindera lain secara menyeluruh;

* Lidah akan hanya menyebut perkara yang baik saja.
* Mata hanya akan memandang yang halal dan digalakkan.
* Telinga hanya akan mendengar yang dibolehkan dan diredhai Allah.
* Tangan hanya akan bergerak melakukan kebaikkan.
* Kaki tidak akan bergerak menuju maksiat dan kemungkaran.
* Otak tidak akan memikirkan hal-hal yang diharamkan.
* Hati hanya mengingati Allah dan berazam terus menerus melakukan perkara-
perkara yang diredhai Allah.

Renungkan sedalam-dalamnya... Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang menciptakan kita dengan anugerah berbagai bentuk nikmat meliputi langit dan bumi, Disediakan pula petunjuk ke jalan kebenaran dan keredhaanNya. Wajarkah ada sesuatu yang lain yang lebih utama kita sebut dan ingati dalam setiap detik denyutan nadi kita?

Ketahuilah Allah sentiasa memuji orang-orang yang beriman di dalam firmanNya;

“Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa neraka”. (QS Al-Imran:191)

Renungi juga firman Allah dalam surah Ar-Ra’d ayat 28:

“Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram”.

Justru itu bersungguh-sungguhlah membiasakan lidah kalian dengan zikrullah dalam apa jua keadaan. Sewaktu kalian makan, minum, memakai pakaian, hendak tidur, bangun tidur, dalam perjalanan maupun ketika berlajar atau bekerja. Elakkan satu saat yang berlalu begitu sahaja tanpa zikrullah. Pastikan setiap saat terisi zikrullah demi memperolehi bekalan taqwa serta rahmat dan keampunan Allah.

Seperkara lagi yang tidak sepatutnya kita lupa dan abaikan ialah keperluan untuk berdoa. Kerelaan hati kita untuk sentiasa berdoa merupakan bukti kesedaran diri kita yang mengakui fakir dan dhaif juga sangat memerlukan kurnia Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Kaya. Sebaliknya keengganan berdoa menggambarkan kesombongan diri dari pergantungan dan pengharapan kepada Allah. Oleh itu semestinyalah kita sentiasa bersungguh-sungguh dalam memanjatkan doa dengan menyedari segala anugerah dan kekuasaan berada dalam ketentuan Allah. Dengannya kita akan beroleh bekalan berterusan di sepanjang hayat. Salah satu anugerah terbesar dari Allah untuk hamba-hambaNya ialah janjiNya memperkenankan doa , apabila kita berdoa kepadaNya. Ini bertepatan dengan maksud firman Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 60;

“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka dalam keadaan hina dina”.

Bagi kita yang sentiasa mengharapkan rahmat Ilahi,Saya doakan agar kalian terus menerus menjaga hubungan hati dengan Allah demi meraih bekalan yang barakah. Setiap diri yang sentiasa berdoa, akan merasai faedah dan kelebihan yang Allah anugerahkan;

* Mendapat ketenangan jiwa, perasaan dan fikiran.
* Tidak mudah menyerah kalah, rasa kecewa dan putus asa.
* Beroleh perisai diri yang mampu menghadapi berbagai tekanan.
* Sentiasa dipermudahkan menghadapi apa jua masalah.
* Menguatkan iman dan tawakkal kepada Allah.
* Dapat memelihara diri dari perbuatan sia-sia dan berdosa.

Perlu juga kita merebut peluang memanjatkan doa pada waktu-waktu yang terbaik untuk berdoa;

* Selepas mengerjakan solat fardhu
* Waktu diantara azan dan iqamah
* Ketika bersujud di dalam solat
* Selepas solat subuh Subuh sebelum matahari terbit
* Waktu tengah malam/ sepertiga malam
* Ketika berpuasa
* Sewaktu bermusafir/ dalam perjalanan
* Pada malam Jumaat dan malam Lailatul Qadar
* Waktu di antara dua khutbah.
* Pada waktu kita teraniaya dan dizalimi

Di samping itu setiap kali berdoa sebaik-baiknya menepati adab-adab berdoa;

* Sebelum berdoa sebaiknya dalam keadaan bersih, berwudhu’ dan mengadap kiblat.
* Memulakan doa dan mengakhirinya dengan memuji Allah SWT dan membaca selawat
untuk Rasulullah s.a.w.
* Hati mesti hadir, khusyuk, tenang dan penuh berharap Allah mengabulkan doa
kita.
* Berdoa dengan suara perlahan dan mengangkat tangan separas hidung. Merapatkan
kedua tapak tangan dan setelah selesai berdoa, menyapukan tapak tangan ke muka.
* Doa permohonan itu sebaik-baiknya diulang-ulang sebut sebanyak tiga kali.

Sesungguhnya zikir dan doa yang diungkapkan sewaktu berseorangan dan sunyi sepi, memberi pengaruh mendalam pada jiwa. Terutama tatkala airmata bercucuran kerana menginsafi kesilapan dan dhaifnya diri di hadapan Allah. Segenap pengharapan memenuhi jiwa memohon limpah hidayah dan rahmat Allah. Keadaan kudus sedemikian membina keyakinan padu serta bekalan yang bermanfaat untuk hari-hari mendatang...

Juga semoga di akhirat nanti kita akan digolongkan di kalangan hamba-hambaNya yang beroleh naungan dari Allah.

Sama-sama kita tangguhkan dengan doa;“Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu. Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu. Serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna dan keyakinan yang benar-benar mantap.Ya Allah kurniakalah kami deen (cara hidup) yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka.

Kami mohon ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami ya Allah , iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa saja yang bersama-sama kami.

Jangan ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walau hanya sekelip mata atau kadar masa lebih singkat dari itu.Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan, kabulkanlah doa kami”.

Wassalam. 

Rabu, 24 November 2010

Sifat2 wanita ahli syurga



Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?Sebuah hadis Nabi menyatakan:
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:
"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.
Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:
"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)
Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:
"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah! "
Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)
Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:
"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.
"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya."(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)
Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

**jangan sedih dan gusar duhai hati..tenanglah wahai hati..dengan mengingati ALLAH hati kan menjadi tenang..tinggalkan semuanya..**

Isnin, 22 November 2010

Satu Cinta




Tidak ada manusia yang sempurna dan bersih dari kesilapan. Namun berusaha menuju kesempurnaan adalah satu usaha yang harus diteruskan selagi hayat di kandung badan. Perbaikilah diri dengan menambahkan ilmu dan amalan. Kutiplah pesanan di sepanjang perjalanan hidup kerana setiap kali kita melalui lorong masa yang sehala, pasti ada rahsia ajaran yang mampu di jadikan panduan. Semoga dengan itu akan bertambahlah kematangan. Sesungguhnya kita semua adalah hambaNya yang punya kelemahan dan kekurangan....

"Ya Allah... Sesungguhnya kehidupan di dunia ini ibarat kerdipan mata, terlalu singkat jika dibandingkan dengan akhirat yang kekal. Mohon padaMu Tuhan, jangan Kau lekakan aku dengan keindahan dunia yang sementara ini.

Ya Allah Ya Rahman... Letakkanlah dunia di tanganku, jangan Kau letakkan ia di hatiku. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah..."

Khamis, 18 November 2010

Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT

Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepdaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (Surah al-A’raf: 55-56)

Jangan sesekali lupa bahawa Allah ialah Tuhan sekalian alam termasuklah diri kita dan hanya Dia Wali dan Penolong kita. Oleh itu, ingatlah apabila kita hendakkan sesuatu, mintalah daripada Allah.

Doa ialah salah satu daripada ibadah yang paling penting untuk membawa kita dekat dengan Allah. Sesuai dengan sifatnya, semua manusia perlu berasa untuk melakukan ibadah ini. Walaupun ia sangat penting dan seseuatu yang diperlukan dalam kehidupan mukmin, orang yang tidak beriman hanya melakukannya pada masa-masa susah. Pada masa itu, ia mungkin tidak akan diterima oleh Allah kerana apa yang disenangi Allah ialah untuk meminta pertolongan Allah baik pada masa senang ataupun susah, ini bermakna, pada setiap detik dalam kehidupan kita. Ini kerana, seseorang yang berdoa kepada Allah ialah orang yang mengakui kelemahannya di sisi Allah dan ketidakupayaanya dalam mencapai sesuatu kecuali dengan izin Allah.

Doa perlu diikuti dengan penyerahan diri kepada Allah. Seseorang yang berdoa meletakkan segala keputusan, sama ada senang atau susah kepada Pencipta dan Pentadbir alam. Memahami bahawa segala penyelesaian kepada sesuatu masalah atau mencegah daripada sesuatu perkara yang tidak diingini terletak pada Allah Yang Maha Berkuasa. Dia ialah sumber ketenangan dan keyakinan kepada orang-orang mukmin. Dengan berdoa kepada Allah dan menjadikanNya sebagai Wali kita, ia menanam perasaan aman dalam diri seseorang mukmin.

Walau bagaimanapun, kita perlu menjelaskan salah faham yang timbul: Berdoa hanya kepada Allah tidak bermaksud yang kita hanya duduk bersahaja, menunggu tanpa melakukan apa-apa. Seseorang perlu berasa yakin bahawa Allah yang berkuasa menentukan segala perkara. Dalam masa yang sama, dia perlu berusaha untuk menggunakan segala cara yang Allah sediakan untuk mencapai penyelesaian.

Seseorang yang ikhlas berdoa kepada Allah perlu melakukan “doa dengan tindakan”, sesuai dengan hukum yang ditetapkan oleh Allah. Apa yang dimaksudkan dengan “doa dengan tindakan” ialah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang diinginkan. Sebagai contoh, memanfaatkan segala bentuk perubatan merupakan “doa dengan tindakan” kepada orang yang sakit untuk sembuh daripada penyakitnya. Berdoa kepada Allah untuk sembuh merupakan doa secara lisan. Oleh itu, doa dengan tindakan ialah asas kepada ibadah yang seseorang perlu sertakan bersama doa lisan itu.

Semasa berdoa, jangan sesekali lupa untuk berdoa dengan ikhlas dan kembali kepada Allah dengan perasaan rendah diri di dalam hati kita. Allah sangat dekat dengan kita, lebih dekat daripada urat saraf kita. Dia mengetahui dan mendengar segalanya. Doa ialah cara paling senang untuk kita berhubung dengan Allah. Tiada satu fikiran yang terlintas di minda dapat kita sembunyikan daripada pengetahuan-Nya.

Meskipun demikian, ramai yang tidak sedar bahawa Allah mengetahui doa dan keinginan setiap orang. Mereka fikir bahawa Allah hanya mendengar sesetengah daripada doa-doa itu sahaja dan jika Dia mendengarnya, Dia tidak memakbulkannya. (Sesungguhnya Allah adalah jauh daripada apa yang mereka sangkakan terhadap-Nya) Pendapat mereka adalah salah. Allah mengetahui segala fikiran kita, setiap perkataan yang akan diucapkan, dan Dia menjawab semuanya. Allah menarik perhatian kita kepada perkara ini didalam al-Quran dengan ayat berikut:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah al-Baqara: 186)

Oleh itu, ingatlah, sekiranya kita mahukan sesuatu, kita perlu berdoa hanya kepada Allah. Berhubung dengan Allah adalah senang.

Manusia adalah gopoh secara semulajadi, malah sifat ini ditekankan didalam ayat: “Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (azab)Ku. Maka janganlah kamu minta kepadaKu mendatangkannya dengan segera.” (Surah al-Anbiya’: 37) Sifat tergesa-gesa ini kadang-kadang terserlah semasa kita berdoa. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, manusia selalu mengharapkan jawapan yang segera kepada doa-doanya.

Walau bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita dimaklumkan tentang hal ini di dalam al-Qur’an “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqara: 216)

Sebab itulah, apabila seseorang meminta sesuatu daripada Penciptanya, walau apapun hasilnya, kita perlu senang dengan apa pun keputusan Allah kerana segala keputusan terletak pada Allah sahaja. Tidak semua yang kita inginkan baik untuk kita. Oleh itu, Allah menjawab doa kita, tidak dengan cara yang kita harapkan, tetapi dengan cara yang paling adil bagiNya. Ia barangkali untuk kita menjadi lebih bijaksana, Allah mempersiapkan diri kita, sehingga sampai waktu untuk kita melakukannya. Mungkin juga, Allah akan menggantikan permintaan kita dengan sesuatu yang lebih baik, tetapi ia juga adalah ujian kepada kesabaran dan keimanan kita.

Nasihat Nabi Muhammad (sollalahualaihiwassalam) kepada orang-orang beriman tentang cara berdoa kepada Allah adalah contoh terbaik kepada mukmin:

Apabila diantara kamu berniat untuk melakukan sesuatu, hendaklah dia berdoa: “Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”. (Muslim)

Sesungguhnya Allah mahukan kita sentiasa bersabar dalam berdoa:

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Surah al-Baqara: 45)

Jangan sesekali lupa bahawa bersabar dalam berdoa akan menyucikan seseorang mukmin, dan menambahkan kekuatan hati dan karakternya. Sebagai jawapan kepada doanya, seorang mukmin akan mencapai tahap rohani yang lagi tinggi, dan ini lebih berharga daripada perkara lain yang dia minta.

Walau bagaimanapun, mereka yang tidak menganggap Allah sebagaimana yang layak untuk-Nya, mempunyai keraguan di dalam hati dan dengan salah menganggap doanya tidak termakbul. Seorang mukmin walau bagaimanapun berasa yakin bahawa Allah mendengar doanya dan memakbulkannya dengan cara tertentu. Dia sedar sepenuhnya bahawa tiada satu perkara pun diluar kuasa-Nya dan semua benda yang berlaku mengikut nasib yang telah ditakdirkan. Oleh itu, dia tidak mempunyai sebarang keraguan bahawa doanya akan dimakbulkan. Jangan sesekali lupa berdoa kepada Allah tanpa sebarang keraguan dalam mendapatkan bantuan Allah, yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan. Tanpa mengira keadaan, yakinlah pada Allah kerana Allah mahu hamba-Nya berada dekat dengan-Nya. Ia mudah untuk Allah, yang menciptakan kita daripada setitis cecair dan menciptakan alam semesta daripada tidak wujud langsung, apatah lagi untuk menjawab doa kita. Maka, apa yang kita semua perlu lakukan ialah untuk berdoa kepada Allah dengan yakin dan sabar.

Doa ialah hubungan istimewa antara manusia dengan Allah. Seseorang itu berkongsi segala masalah dan keinginannya dengan Allah; dia memohon kepada-Nya. Allah yang mendengar semua doa tidak pernah membiarkannya tidak terjawab. Inilah sebabnya al-Qur’an tidak mengkhususkan hanya satu cara beribadah. Di dalam al-Qur’an, Allah berfirman kepada manusia “…. ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring…” (Surah an-Nisa’: 103), yang bermaksud, seseorang boleh mengingati Allah dan berdoa kepada-Nya pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan tanpa melakukan sebarang perbuatan tertentu atau berada di dalam majlis tertentu. Ini kerana, apa yang penting bukanlah keadaan luaran, tetapi keikhlasan seseorang.

Di samping itu, tempat-tempat tertentu tidak perlu dikhususkan untuk berdoa. Ingatlah bahawa kita boleh berdoa pusat membeli-belah, di jalan raya, di dalam kereta, di sekolah, di pejabat dan di mana-mana sahaja. Apa yang kita perlu lakukan ialah untuk mengosongkan minda kita daripada sebarang fikiran yang sia-sia dan merasakan betapa dekatnya Allah dengan kita.

Ingatlah, hidup tanpa doa mempunyai kekurangan pada Pandangan Allah. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam surah al-Furqan, ayat 77 “Tuhanku tidak mengendahkan kamu, melainkan kalau ada ibadatmu (berdoa) (Tetapi bagaimana kamu beribadat (berdoa) kepadaNya), padahal kamu sungguh telah mendustakanNya?” Sedar tentang kelemahan seseorang membuatkan dia disayangi Allah. Oleh itu, manusia perlu kembali kepada Penciptanya, mengakui kelemahan dirinya, dan meminta pertolongan hanya daripada Allah. Perbuatan-perbuatan lain akan bererti menunjukkan keangkuhan kepada Allah dan membawa kepada hukuman yang kekal di neraka.

Jangan sesekali lupa bahawa Allah Maha Pengasih. Sesiapa yang melakukan kejahatan dan selepas itu bertaubat akan mendapati bahawa Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih (Surah an-Nisa’: 110). Maka ingatlah Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun dan berdoalah kepada-Nya dengan penuh harapan.

Tidak kira betapa besarnya kesalahan yang kita telah lakukan dan betapa menyesal terhadap perbuatan itu, ia bukanlah alasan untuk kita berputus asa daripada keampunan Allah. Oleh itu, betapa bersalahnya seseorang akan berasa, dia akan sentiasa mendapati Allah sentiasa mengampuni. Malah, al-Qur’an memberitahu kita hanya orang-orang yang tidak beriman yang berputus asa daripada rahmat Allah:

…Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari ahmat Allah, melainkan kaum yag kafir. (Surah Yusuf: 87)

Walau bagaimanapun, jangan sesekali lupa bahawa tiada siapa yang boleh memberi jaminan yang dia layak untuk memasuki syurga. Tiada siapa yang selamat daripada hukuman Tuhannya. Oleh itu, apabila seseorang berdoa kepada Allah, dia perlu berharap kepada rahmat Allah, dan juga berasa takut untuk kehilangan keredhaan Allah.

Seperti mana dia berdoa dengan penuh kesungguhan untuk mendapatkan syurga, jadi dia haruS bersungguh untuk mengelakkan daripada neraka. Dalam kata lain, kerana takutkan neraka, dia berharap untuk mendapatkan syurga. Seseorang yang mengetahui kebesaran Allah, akan takut hukuman-Nya dan akan mengharapkan keredhaan-Nya. Oleh itu, dia akan berpaling kepada Allah dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Dengan cara yang sama, seseorang yang menyerahkan diri kepada Allah, menjadikan Allah sebagai Wali dan Penolongnya, akan menyerahkan segala usaha dan kesusahannya kepada Allah. Sebagaimana kisah Nabi Ya’qoob yang berkata, “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya,” (Surah Yusuf: 86), dia akan menyerahkan segala kesengsaraan dan permintaannya kepada Allah dan memohon pertolongan dan kebaikan daripada Allah sahaja.

Juga, ingatlah berdoa untuk mendapatkan nikmat di dunia sahaja adalah suatu bentuk ketidak ikhlasan. Objektif sebanar orang-orang beriman ialah syurga. Allah menganugerahkan nikmat dunia ini kepada mereka yang hanya mahukan dunia. Tetapi, mereka tidak akan mendapat balasan yang baik di akhirat sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Qur’an:

…Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia,” dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat. Dan di antara mereka ada orang yang berdoa, “ Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan Allah sangat cepat perhitunganNya. (Surah al-Baqara: 200-202)

Pada masa susah, mereka yang jahil mengasingkan diri mereka dan kembali kepada Allah dengan berdoa. Namun, apabila mereka senang, dengan pantas mereka kembali kepada keadaan sebelumnya yang penuh kelalaian, seolah-lah mereka tidak pernah meminta kepada Allah. Mereka berpaling kepada Allah sebagai ‘jalan terakhir’. Sifat tidak bersyukur ini dinyatakan didalam al-Qur’an:

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkannya) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. (Surah Yunus: 12)

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan, (belayar) di lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin badai, dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahawa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah, dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya semata-mata. (Mereka berkata): Sesungguhnya jika Engkau menyelamtkan kami dari bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang yang bersyukur.” Maka tatkala Allah menyelamatakan mereka, tiba-tiba mereka membuat kezaliman di muka bumi tanpa (alasan) yang benar. Hai manusia, sesungguhnya (bencana) kezalimanamu akan menimpa dirimu sendiri: (hasil kezalimana) itu hanyalah kenikmatan hidup duniawi, kemudian kepada Kamilah kembalimu, lalu Kami khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Surah Yunus: 22-23)

Sebenarnya, tidak ada satu detik pun yang berlalu di mana manusia tidak memerlukan Allah. Oleh itu, jangan sesekali lupa untuk berdoa kepada Allah “…dengan rasa rendah diri dan takut, tanpa meninggikan suara, pada waktu pagi dan petang” (Surah al-A’raf: 55, 205). Ingatlah penghujung kepada mereka yang tidak berdoa kepada Allah ialah azab yang kekal didalam neraka.

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepadaku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah Ghafir: 60)

Selasa, 16 November 2010

Fadilat Arafah Di Mana-Mana

Ya, benar, doa arafah bukan sahaja baik dibaca oleh jemaah haji tetapi untuk seluruh manusia walaupun tidak berada di Padang Arafah. Berdoa-doalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah,hak menunaikan adalah hak Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita nyatakan dan apa yang kita rahsiakan. Allah Maha Mengetahui segala hajat yang ada dihati kita, maka mohonlah agar disampaikan hajat itu.


“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila Dia berdoa kepadaku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran. (Surah Al-Baqarah ayat 186)


Satu-satunya doa dimakbulkan Allah pada masa dan tempat tertentu adalah Padang Arafah. Ketikanya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah.

Ini satu-satu kelebihan yang Allah kurniakan kepada hambanya. Selalunya di Malaysia kita hanya bertemu dengan masa mustajab doa.Ia itu :

Waktu-waktu Mustajab Do'a

Setiap amalan dalam Islam ada waktu-waktu tertentu yang lebih afdal untuk kita laksanakan. Contoh solat tahajjud dilaksanakan di waktu malam selepas solat Isya' sebelum subuh. Puasa sunat pula digalakkan untuk berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis dan pertengahan bulan Islam (tiga hari puasa). Begitu juga berdo'a kepada Allah s.w.t ada waktu-waktu mustajab do'a yang perlu kita ketahui dan menggunakan waktu tersebut untuk bermunajad di sisi Allah s.w.t.


Menurut Ibn Atha', do'a mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t. Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk. Sayap-sayap do'a itu ialah berdo'a dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu.

Terdapat 22 waktu dimakbulkan do'a ialah :

1.Berdo'a sewaktu hujan turun.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Berdo'alah pada waktu mustajab do'a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun".
(Hadis Riwayat Abu Daud).


2.Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis diatas.

3.Selesai membaca al-Fatihah dalam solat.

4.Selepas mengucapkan 'Amin' apabila selesai membaca surah al-Fatihah.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Apabila imam mengatakan 'Amin', maka ucapkanlah 'Amin'. Sesiapa yang mengucapkan 'Amin' bersama dengan para malaikat, diampunkan dosa yang telah lalu."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5.Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : 'Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?"(Hadis Riwayat B ukhari dan Muslim)

6.Waktu di antara azan dan iqamah.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Tidaklah ditolak do'a di antara azan dan iqamah." (Hadis Riwayat Tirmizi).

7.Ketika sujud dalam solat.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
"Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo'a." (Hadis Riwayat Muslim).

8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.

9.Selesai solat fardu.

"Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., 'Do'a manakah yang didengar (Allah)' Sabda baginda, "Do'a itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu." (Hadis Riwayat Tirmizi).

10.Sepanjang waktu berpuasa.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Tiga bentuk do'a yang dimustajabkan Allah; do'a ibu bapa terhadap anak, do'a orang yang berpuasa dan do'a orang yang bermusafir." (Hadis Riwayat Baihaqi)

11.Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan.

12.Ketika khatam 30 juz al-Qur'an.

13.Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab do'a.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya". (Hadis Riwayat Bukhari).

14.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : "Tiga bentuk do'a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; do'a orang yang teraniaya, do'a orang yang bermusafir dan do'a ibu bapa terhadap anaknya." (Hadis Riwayat Abu Daud).


15.Pada hari 'Arafah iaitu 9 Zulhijjah.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sebaik-baik do'a adalah pada hari 'Arafah, dan sebaik-baik do'a yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : 'Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu'.
(Hadis Riwayat Tirmizi)

16.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah,
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah, Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka menjawabnya (menunaikannya) mereka berdo'a kepada Allah lalu Allah terimanya."(Hadis Riwayat Ibn Majah)

17.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "...dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan Kulindungi."

18.Waktu menerima ujian.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Atau siapakah yang memperkenankan do'a orang yang menderita apabila ia berdo'a kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). (Surah al-Naml ayat 62)

19.Ketika tentera Islam berhadapan dengan tentera musuh.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Dua jenis do'a yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. atau jarang-jarang sekali ditolak; do'a sewaktu azan dan ketika berlakunya peperangan."(Hadis Riwayat Abu Daud)

20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.

Ummu Salamah r.ha. melapurkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu."(Hadis Riwayat Muslim)

21.Selepas saat kematiaan seseorang.

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, "Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata." lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : "Janganlah kalian berdo'a untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendo'akan untuk kalian." Baginda kemudiannya mendo'akan untuk Abu Salamah r.a".

22.Ketika ayam berkokok.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat."(Hadis Riwayat Bukhari)



Marilah sama-sama kita berusaha untuk berdo'a diwaktu-waktu mustajab do'a. Semoga dengan ikhtiar kta yang sedikit ini Allah perkenankan do'a-do'a kita dan meletakkan diri kita bersama barisan hamba-hamba-Nya yang di redhai di dunia dan akhirat.




Hubungan seorang hamba dengan tuhannya, dapat dipereratkan dengan selalu berdoa.

Fungsi doa yang pertama ialah doa adalah tali Allah SWT. Doa juga adalah sebagai pengikat kita dengan Allah. Sebagai hamba yang kekal bersifat lemah, manusia perlu sentiasa berhubungan dengan Allah yang Maha Perkasa.

Lafaz doa mengandungi makna pengharapan dan kebergantungan kepada Allahus-Somad (Allah Sebagai Tempat Bergantung). Mengakui kelemahan diri dan keperluan kepada pertolongan dan perlindungan Allah. Apabila seseorang manusia merasa tidak perlu kepada doa, dia sebenarnya terlalu angkuh dan sombong dengan jaminan dirinya sendiri. Ia telah memutuskan tali Allah yang mengikatnya sehingga dia terdedah kepada kebinasaan akibat dosa-dosanya melupakan Allah.

Seorang seorang Muslim, dia hendaklah sentiasa membiasakan dirinya menyebut nama Allah pada setiap perbuatannya. Seawal bangun dari tidurnya, mandi, memakai pakaian, berwuduk, sembahyang, makan, minum, keluar masuk rumah, bekerja, belajar, bermuamalat sesama manusia, hatta suami yang menggauli isteri, semua itu hendaklah diiringi dengan doa supaya perbuatan itu selari dengan perintah dan suruhan Allah SWT. Sungguh indah perhubungan antara hamba dengan Tuhannya itu. Dia begitu hampir dan tidak pernah bercerai kerana penghubungnya adalah doa yang penuh keyakinan bahawa Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Fungsi doa yang kedua ialah: Cita-cita dan impian yang ingin dimiliki diusahakan dengan berikhtiar sesuai dengan permintaannya kepada Allah SWT. Orang yang meminta syurga mestilah diiringi dengan kesungguhannya beramal salih. Orang yang meminta keberkatan rezeki hendaklah bersungguh-sungguh bekerja untuk mendapatkannya. Manakala bila dia meminta dihindari dari kejahatan diri sendiri maka dia hendaklah berusaha untuk tidak berbuat dosa dan maksiat. Doa dan ikhtiar adalah saling lengkap melengkapi. Sebagaimana firman Allah SWT: ”Sesungguhnya Allah tidak akan merubah suatu kaum kecuali mereka merubah diri mereka sendiri.” (Surah al-Ra’du Ayat 11).

Hakikatnya iman itu bukanlah angan-angan. Ia perlu dibuktikan dengan kesungguhan atau jihad dalam beramal salih.

Fungsi doa yang ketiga ialah sebagai pengubat hati. Saat diri dihina, tidak dipedulikan, diceraikan kekasih dan dibuang oleh pujaaan hati, perasaan yang hadir adalah rasa putus asa dan sirna segala cahaya kehidupan tanpa masa depan. Jika berlaku ujian dan cubaan melanda iman seperti kekurangan harta, kehilangan jiwa, kecacatan, kesakitan, bencana alam dan kegagalan setiap perjuangan, kepada siapakah manusia harus mengadu, merintih dan bersandar?

Setiap pengharapan akan datangnya cahaya, kepada siapa hendak dipohonkan? Keyakinan dan kekuatan untuk meneruskan hidup, dari manakah penjana kuasanya? Hanya kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Rahmat-Nya meliputi alam semesta, Dia tidak menguji makhluk-Nya kecuali mereka yang sanggup memikulnya. Setiap kesusahan ada kemudahan. Dengan untaian doa penuh keikhlasan dan tangisan yang meruntuhkan tembok kesombongan, manusia kembali kepada Allah menadah tangan, mengakui kelemahan, mengharap pertolongan, perlindungan dan keselamatan dunia akhirat. Maka datanglah keyakinan pasti Allah mengabulkan sudah cukup sebagai penawar bagi jiwa yang kekeringan.

Doa adalah kekuatan bagi setiap muslim, tetapi jika ia tidak difungsikan dengan cara yang betul maka kekuatan itu akan hilang, yang tinggal hanya lafaz-lafaz kosong tanpa makna dan tujuan. Kembalikanlah fungsi doa agar kita sentiasa mendapat jawapan yang pasti dari Ilahi.

Wallahua'lam Bissawab
Persahabatan Yg Sejati Akan Membawa Kpd Kerinduan Yg Abadi, Org Yg Rugi Ialah Org yG Tidak Memperolehi Sahabat & Yg Paling Rugi Ialah Dtinggalkan Sahabat. Sesungguhnya Persahabatan Itu Lebih Unggul Drpd Percintaan, Tanpa Persahabatan Percintaan Akan Berakhir, Tetapi Tanpa Percintaan Sahabat Blh Kekal.


Oleh Itu Hargailah Persahabatan Yg Terjalin, Kerana Sahabat Mewakili Sesuatu Kekuatan. Sahabat Yg Paling Baik Adalah "DIRI" Kita Sendiri Yg Tahu Menilai Setiap Apa Yg Kita Lakukan. Hadiah Yg Paling Berharga Dlm Erti Kata Sahabat Yg Sebenar.


Bergaullah Dngn Manusia Sebaiknya Sehingga Kalau Kamu Mati Mereka Tanggisi Dan Kalau Hidup Mereka Selalu Merindu.......


Yg Indah Itu Pertemuan..... Yg Manis Itu Kemesraan..... Yg Pahit Itu Perpisahan.... Yg Tinggal Hanya Kenangan.....